ASRAMA

· Buku Fixi
4.5
871 reviews
Ebook
288
Pages
Ratings and reviews aren’t verified  Learn More

About this ebook

 “Dahlia, hati-hati dengan ASRAMA ni.” Maria tiba-tiba merendahkan suaranya sambil menatap roman Dahlia.


“Kalau takat kau nak ingatkan aku pasal geng Queen yang macam syaitan tu, tak payah la.” Dahlia kurang senang dengan amaran Maria itu.

“Tak, maksud aku...”

Belum sempat Maria menghabiskan ayatnya, Dahlia meningkah. “Kau tengok aje nanti. Lambat ke, cepat ke, akan ada orang yang membalas perbuatan dorang semua tu nanti!” Dahlia bersuara dengan geram.

“Orang kita boleh lawan, tapi kalau yang lain payah sikit.” Maria membidas sambil mengambil daun-daun kecil di hadapannya.

Percakapan Maria membuatkan bulu roma Dahlia mengejut berdiri. “Kau ni, kalau tak cakap benda-benda pelik boleh?” kata Dahlia.

“Bagus la kalau kau faham maksud aku.” Maria senyum memandang Dahlia. 

(Buku Fixi)

Ratings and reviews

4.5
871 reviews
Ms Hanselier
November 13, 2020
Plot a little bit kucar-kacir, cara penulisan boleh go jauh lagi. Overall jalan cerita nice but tak recommend for someone yang eager for perfect plot and climax
Did you find this helpful?
Pikasshi
June 6, 2014
Buku ni best sangat tapi cerita dia agak berbelit. Ending dia x berapa nak paham. Tapi cerita berbelit ni la penariknya. Baca 3-4 kali baru paham. Haha. Satu soalan; time dahlia jumpa mak dia waktu nak dekat ending tu, dia dah mati ke belum? *maaf spoiler sket haha
2 people found this review helpful
Did you find this helpful?
Fye Ahmad
February 20, 2015
Buku ni harus dibaca dari awal, pengakhiran cerita tak berapa nk umph...but overall ok :-) xrugi purchased.
Did you find this helpful?

About the author

 MUHAMMAD FATRIM lahir di Beaufort, Sabah dan kini menetap di Kuala Penyu, Sabah. Mengambil jurusan Penulisan Kreatif di UiTM Puncak Perdana, Shah Alam (FITA) tanpa dirancang. Peminat novel Enid Blyton dan novel Melayu thriller ini mengibaratkan dirinya tersesat masuk ke dalam dunia penulisan kerana dia bukanlah seorang yang pandai mengarang.

Siapa sangka, dua semester belajar jurusan tersebut membuatkan beliau mula jatuh cinta pada penulisan lalu mencabar diri menulis cerpen pada tahun 2007 bersama surat khabar Sabah;Daily Express. Meskipun begitu, beliau pasti hobi menyalin lagu popular radio semasa zaman sekolah menengah dahulu merupakan titik tolak kepadanya untuk mula menulis. Miliki blog juga twitter (@muhammadfatrim). Asrama ialah novel pertamanya bersama Fixi.

Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.