My Sweet Stranger

The Chapter Bookstore
5.0
리뷰 3개
eBook
283
페이지
검증되지 않은 평점과 리뷰입니다.  자세히 알아보기

eBook 정보

Adam Mikail, dia lelaki yang aku cintai selama dua tahun curangi aku dengan perempuan lain. Dia kantoi depan mata aku sendiri. Takut kalau-kalau papa dia marah dan tarik balik pangkatnya akibat curang dengan aku, Adam buat keputusan untuk melamar aku. Nasib aku baik, semua rancangan lamaran Adam tidak berhasil disebabkan dia.

Naqiuddin Iman, dia stranger yang menyelamatkan aku daripada Adam. Tiga kali dia selamatkan aku dan disebabkan itu... Aku berjanji akan makan malam dengan Naqiu.

“Dinner?”

“Ya... Boleh?”

“Why not? Yalah, awak pun dah banyak tolong saya. Ini tanda saya ucap terima kasih kat awak...”

“Manalah tau kan, ending untuk cerita Adam boleh jadi beginning untuk cerita kita... Silap, cerita saya. Assalamualaikum.”

Dan... Malam itu bukan saja ending bagi Adam tetapi ending bagi Naqiu juga.

“Dia tu duda anak sorang.”

Aku… Azalea Zahra, perempuan yang dicurangi Adam dan diselamatkan oleh Naqiu. Aku ada segalanya kecuali jodoh. Aku bukanlah seorang yang cerewet tentang jodoh. Tetapi, aku tak pernah terfikir yang aku boleh jadi seorang mak. Jaga diri sendiri pun belum mampu, nak jaga anak orang.

Masalahnya, semakin aku nak elak... Semakin aku terjebak!

“Masin mulut aku kan... Tak sangka betui-betui duda yang ayah nak kenaikan dengan hang tu, rupanya Q. Agaknya pasai dia tau yang anak ayah tu hang, pasai tu ka dia tolong hang?”

Di saat aku menerima jodoh yang dikirim Tuhan...

Illiyana Ilham, dia perempuan yang telah meninggalkan Naqiu dan Ash pada enam tahun yang lalu muncul dengan agenda.

“I akan buat apa saja untuk dapatkan Q. Kalau I terpaksa ambil Ash, I akan ambil Ash. I tak pernah tak dapat apa yang I nak, Lea. Macam yang I cakap... Hard way atau pun... You boleh fikir sendiri.”

Perlukah aku mengorbankan kebahagiaan aku demi kebahagiaan orang lain?

Ah... Pertemuan adakalanya kebetulan yang tidak boleh dijelaskan.


평점 및 리뷰

5.0
리뷰 3개

저자 정보

SYAMNURIEZMIL menulis buku tentang cinta dan keluarga. Kebanyakan buku beliau diadaptasi ke filem dan drama. Beliau juga merupakan pemenang Anugerah Telenovela di bawah kategori Novelis Terbaik pada tahun 2018. Sebelum beliau menulis cerita bergenre komedi romantik, beliau merupakan graduan lepasan ijazah di dalam bidang kewangan dari UiTM. Selepas itu, beliau bekerja sebagai pegawai bank selama 13 tahun sebelum menulis buku sepenuh masa. Beliau juga merupakan pesakit kronik kegagalan buah pinggang yang memerlukan rawatan hemodialisis seumur hidup. Hidup sedang mengajar beliau untuk bertahan, jadi jangan lemah... Kerana Tuhan tidak pernah gagal menciptakan takdir dan tidak pernah salah memilih hamba untuk diberi beban. 

이 eBook 평가

의견을 알려주세요.

읽기 정보

스마트폰 및 태블릿
AndroidiPad/iPhoneGoogle Play 북 앱을 설치하세요. 계정과 자동으로 동기화되어 어디서나 온라인 또는 오프라인으로 책을 읽을 수 있습니다.
노트북 및 컴퓨터
컴퓨터의 웹브라우저를 사용하여 Google Play에서 구매한 오디오북을 들을 수 있습니다.
eReader 및 기타 기기
Kobo eReader 등의 eBook 리더기에서 읽으려면 파일을 다운로드하여 기기로 전송해야 합니다. 지원되는 eBook 리더기로 파일을 전송하려면 고객센터에서 자세한 안내를 따르세요.