Segala-galanya berubah dalam sekelip mata, ada yang cuba menerima dan memahami, tetapi kebanyakan mereka lebih suka menuding jari dan menggalaskan semua tanggungjawab ke bahunya. Satu-persatu hidup yang jelas diragut menjadi satu mimpi ngeri yang tidak mahu menghilang. Dia hanya mampu tersedar apabila segalanya telah terlalu lewat.
Namun bibit-bibit keinsafan masih wujud di dalam diri. Dia menjadi lebih
tabah menghadapi sebuah hakikat yang tidak boleh diubah, bersama
satu-satunya insan yang meletakkan kepercayaan pada dirinya.
Kebahagiaan yang digenggam hanya seketika bila adik lelakinya,
Fariz Ezany menyimpan perasaan kepada perempuan yang dia paling
sayang. Bila diri sendiri disahkan mengidap kanser darah, bila adik
perempuannya Ziana tidak mahu melihat ada bahagia yang wujud
di dalam hidupnya, Izan Ezany mengambil keputusan untuk mengundur diri.
Mungkinkah Dhiya Zulaikha dapat memahami dan menerima keputusan
lelaki itu? Adakah Dhiya Zulaikha sudi menerima
Fariz sebagai suaminya? Adakah segalanya akan berakhir setelah
Izan Ezany mengorbankan seluruh kehidupan sendiri? Atau masih
ada ruang keampunan buat insan yang kerdil itu menggapai bahagia?
Benarkah hukuman mati itu ditakdirkan untuknya demi membayar
dosa masa silam itu?....
desclaimer : tentang isu anak angkat. keluarga Dato Ridzhuan sangat kaya. kenapa boleh anak angkat dinasabkan ke keluarga angkat, secara dramatik dan logik, sebab keluarga mereka adalah kaya, berdasarkan perjanjian orang dulu dulu antara keluarga makcik azrin dan puan marina , mengikut undang undang dahulu yg menjadikan duit sebagai perantaraan. Dato' Ridzhuan ada bualkan semasa di dalam bilik bersama Datin Marina. Harap memahami. ^^
AUTHOR BIO :
MIYA RYUIKI / OHMIYA
26 YEARS OLD (2014) during this book released.
Boutique & books cafe shareholder, Scriptwriter, Traveller, Publisher, Author, cryptocurrency addicted.
currently living in South korea from 2016.
facebook : ohmiya88