Masing-masing sibuk dengan aktiviti dan mahu mengumpul mata merit. Imtiyaz menyimpan hasrat dan impian mahu bergelar diva popular dan mahu dikenali di sekolahnya. Semua aktiviti mahu disertainya sehingga tidak menang tangan.
Namun, atas kegigihannya, dia mendapat anugerah sebagai pengumpul mata merit terbanyak antara rakan-rakannya.