Oktaf Dari Nihon

· Mesbo Creative
5.0
1 รีวิว
eBook
177
หน้า
คะแนนและรีวิวไม่ได้รับการตรวจสอบยืนยัน  ดูข้อมูลเพิ่มเติม

เกี่ยวกับ eBook เล่มนี้

Mengisahkan watak utama iaitu Nur Ain yang telah kehilangan abang tersayang dan juga kedua-dua ibu bapanya. Dia mempunyai seorang sepupu bernama Hanif yang bersekolah di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar. Semasa di tingkatan empat, Nur Ain berpindah di sekolah tersebut. Ketika itu dia bertemu dengan sepupunya Hanif dan Hanif pula merupakan presiden Majlis Tertinggi Pelajar.


Konflik berlaku antara Nur Ain dan Alif. Alif ialah pelajar nakal yang berdendam dengan Hanif kerana Hanif telah banyak kali menggagalkan kegiatan membulinya di sekolah. Mendengar tentang sepupu Hanif ada di sekolah tersebut, Alif telah membuli Nur Ain dengan memandikan Nur Ain dengan air longkang dan tepung demi membalas dendamnya terhadap Hanif.


Disebabkan itu, Nur Ain telah mencuri masuk ke asrama untuk membersihkan dirinya dengan cara memanjat pagar.Malangnya, Nur Ain tertangkap dan dihadapkan di hadapan para pelajar sekolah dan Majlis Tertinggi Pelajar.


Banyak kejadian yang berlaku membabitkan Nur Ain tetapi Hanif cuba untuk mempertahankan sepupunya itu.


Mesbo Creative

การให้คะแนนและรีวิว

5.0
1 รีวิว

เกี่ยวกับผู้แต่ง

Ummi Umairah binti Alias dilahirkan pada 16 Mac 2002. Merupakan anak kedua daripada tujuh orang adik beradik. Dilahirkan di Hospital Batu Pahat, Johor. Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Lendu, Sekolah JAIM, Lendu, Melaka dan kini bersekolah di SBPI Selandar, Melaka. Beliau telah menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2019.

Setakat ini Ummi sudah menghasilkan tiga buah novel bertajuk “Akukah Olahragawati Itu” ketika masih berusia sepuluh tahun, “Kelab Doktor Muda, Siapa lagi Hebat?” ketika berusia tiga belas tahun dan “One Team” ketika berusia 17 tahun. Novel Oktaf dari Nihon ini merupakan novel keempat Ummi Umairah. Kelainan pada novel ini ialah Ummi memuatkan kemahirannya dalam berbahasa Jepun. Setakat ini, Ummi Umairah telah lulus dalam peperiksaan JLPT N5 peringkat antarabangsa pada 2018 dan mendapat keputusan A untuk subjek Bahasa Jepun peringkat SPM 2019. Semoga novel Oktaf Dari Nihon ini dapat memberi manfaat buat para pembaca.

ให้คะแนน eBook นี้

แสดงความเห็นของคุณให้เรารับรู้

ข้อมูลในการอ่าน

สมาร์ทโฟนและแท็บเล็ต
ติดตั้งแอป Google Play Books สำหรับ Android และ iPad/iPhone แอปจะซิงค์โดยอัตโนมัติกับบัญชีของคุณ และช่วยให้คุณอ่านแบบออนไลน์หรือออฟไลน์ได้ทุกที่
แล็ปท็อปและคอมพิวเตอร์
คุณฟังหนังสือเสียงที่ซื้อจาก Google Play โดยใช้เว็บเบราว์เซอร์ในคอมพิวเตอร์ได้
eReader และอุปกรณ์อื่นๆ
หากต้องการอ่านบนอุปกรณ์ e-ink เช่น Kobo eReader คุณจะต้องดาวน์โหลดและโอนไฟล์ไปยังอุปกรณ์ของคุณ โปรดทำตามวิธีการอย่างละเอียดในศูนย์ช่วยเหลือเพื่อโอนไฟล์ไปยัง eReader ที่รองรับ