Omma

The Chapter Bookstore
4.9
22 ulasan
e-Buku
631
Halaman
Rating dan ulasan tidak disahkan  Ketahui Lebih Lanjut

Perihal e-buku ini

Alina Haura seorang omma yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Atief Hamzar yang berusia enam tahun. Bagi Ally… Atief bukan aje kekuatan dia tapi juga kelemahan dia. Tak ada sesiapa yang boleh mengambil Atief daripada Ally walaupun papa Atief sendiri, Jeofri Naufal.

 

“Satu aje caranya...”

“Cara apa, mak?”

“Untuk Jeofri tak korek pasal Atief.”

“Apa?”

“Kahwin.”

 

Tak mahu Jeofri tahu tentang kewujudan Atief, nak tak nak Ally menerima lamaran kahwin daripada Ridzal Rizq yang merupakan anak angkat arwah ayah Ally.

 

“Sudi tak awak jadi pengisi dalam hati saya?”

 

Ridzal sudah berjanji pada dirinya yang dia akan melindungi Ally dan Atief. Dia sudah berjanji untuk buat semua kerja susah termasuk berdepan dengan satu-satunya musuh ketat Ally, Emma Erina.

 

“Tolong jangan kacau isteri saya. Selama ini, dia tak pernah kacau awak... Jadi tolong jangan kacau dia dan keluarga kami.”

 

Dan Emma… Dia bukan hanya tak takut hukuman… Dia juga tak takut dengan Tuhan. Yang dia takut ialah Jeofri menceraikan dia. Tak mahu hal itu terjadi, Emma cuba untuk merampas Atief.

 

“Jangan banyak cakaplah. Buat aje ujian DNA tu... Lepas tu, ucaplah selamat tinggal kat anak kesayangan kau tu.”

 

Mampukah Ally mempertahankan Atief?

Kerana selain Allah…

Yang mempertahankan seorang anak adalah doa seorang omma!


Rating dan ulasan

4.9
22 ulasan
Hi Mazlailai
18 September 2024
Penat baca sebab penuh dengan emosi.. sangat mencabar.. macam biase setiap perkataan jangan sampai terlepas baca.. penuh dengan surprise.. rahsia besar seorang omma, boleh sembunyikan dari semue orang.. dan seorang yang sangat kuat.. macam-macam rahsia dia simpan seorang diri tanpa menyusahkan atau lebih tepat taknak buat orang yg die sayang risaukan die.. macam kene peluk buku jugaklah.. walaupun acik dh pesan beli salah 1 je.. love acik 😘
Adakah anda mendapati kandungan ini membantu?

Perihal pengarang

SYAMNURIEZMIL menulis buku tentang cinta dan keluarga. Kebanyakan buku beliau diadaptasi ke filem dan drama. Beliau juga merupakan pemenang Anugerah Telenovela di bawah kategori Novelis Terbaik pada tahun 2018. Sebelum beliau menulis cerita bergenre komedi romantik, beliau merupakan graduan lepasan ijazah di dalam bidang kewangan dari UiTM. Selepas itu, beliau bekerja sebagai pegawai bank selama 13 tahun sebelum menulis buku sepenuh masa. Beliau juga merupakan pesakit kronik kegagalan buah pinggang yang memerlukan rawatan hemodialisis seumur hidup. Hidup sedang mengajar beliau untuk bertahan, jadi jangan lemah... Kerana Tuhan tidak pernah gagal menciptakan takdir dan tidak pernah salah memilih hamba untuk diberi beban. 


Berikan rating untuk e-Buku ini

Beritahu kami pendapat anda.

Maklumat pembacaan

Telefon pintar dan tablet
Pasang apl Google Play Books untuk Android dan iPad/iPhone. Apl ini menyegerak secara automatik dengan akaun anda dan membenarkan anda membaca di dalam atau luar talian, walau di mana jua anda berada.
Komputer riba dan komputer
Anda boleh mendengar buku audio yang dibeli di Google Play menggunakan penyemak imbas web komputer anda.
eReader dan peranti lain
Untuk membaca pada peranti e-dakwat seperti Kobo eReaders, anda perlu memuat turun fail dan memindahkan fail itu ke peranti anda. Sila ikut arahan Pusat Bantuan yang terperinci untuk memindahkan fail ke e-Pembaca yang disokong.