Omma

The Chapter Bookstore
4,9
22 recensioner
E-bok
631
Sidor
Betyg och recensioner verifieras inte  Läs mer

Om den här e-boken

Alina Haura seorang omma yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Atief Hamzar yang berusia enam tahun. Bagi Ally… Atief bukan aje kekuatan dia tapi juga kelemahan dia. Tak ada sesiapa yang boleh mengambil Atief daripada Ally walaupun papa Atief sendiri, Jeofri Naufal.

 

“Satu aje caranya...”

“Cara apa, mak?”

“Untuk Jeofri tak korek pasal Atief.”

“Apa?”

“Kahwin.”

 

Tak mahu Jeofri tahu tentang kewujudan Atief, nak tak nak Ally menerima lamaran kahwin daripada Ridzal Rizq yang merupakan anak angkat arwah ayah Ally.

 

“Sudi tak awak jadi pengisi dalam hati saya?”

 

Ridzal sudah berjanji pada dirinya yang dia akan melindungi Ally dan Atief. Dia sudah berjanji untuk buat semua kerja susah termasuk berdepan dengan satu-satunya musuh ketat Ally, Emma Erina.

 

“Tolong jangan kacau isteri saya. Selama ini, dia tak pernah kacau awak... Jadi tolong jangan kacau dia dan keluarga kami.”

 

Dan Emma… Dia bukan hanya tak takut hukuman… Dia juga tak takut dengan Tuhan. Yang dia takut ialah Jeofri menceraikan dia. Tak mahu hal itu terjadi, Emma cuba untuk merampas Atief.

 

“Jangan banyak cakaplah. Buat aje ujian DNA tu... Lepas tu, ucaplah selamat tinggal kat anak kesayangan kau tu.”

 

Mampukah Ally mempertahankan Atief?

Kerana selain Allah…

Yang mempertahankan seorang anak adalah doa seorang omma!


Betyg och recensioner

4,9
22 recensioner

Om författaren

SYAMNURIEZMIL menulis buku tentang cinta dan keluarga. Kebanyakan buku beliau diadaptasi ke filem dan drama. Beliau juga merupakan pemenang Anugerah Telenovela di bawah kategori Novelis Terbaik pada tahun 2018. Sebelum beliau menulis cerita bergenre komedi romantik, beliau merupakan graduan lepasan ijazah di dalam bidang kewangan dari UiTM. Selepas itu, beliau bekerja sebagai pegawai bank selama 13 tahun sebelum menulis buku sepenuh masa. Beliau juga merupakan pesakit kronik kegagalan buah pinggang yang memerlukan rawatan hemodialisis seumur hidup. Hidup sedang mengajar beliau untuk bertahan, jadi jangan lemah... Kerana Tuhan tidak pernah gagal menciptakan takdir dan tidak pernah salah memilih hamba untuk diberi beban. 


Betygsätt e-boken

Berätta vad du tycker.

Läsinformation

Smartphones och surfplattor
Installera appen Google Play Böcker för Android och iPad/iPhone. Appen synkroniseras automatiskt med ditt konto så att du kan läsa online eller offline var du än befinner dig.
Laptops och stationära datorer
Du kan lyssna på ljudböcker som du har köpt på Google Play via webbläsaren på datorn.
Läsplattor och andra enheter
Om du vill läsa boken på enheter med e-bläck, till exempel Kobo-läsplattor, måste du ladda ned en fil och överföra den till enheten. Följ anvisningarna i hjälpcentret om du vill överföra filerna till en kompatibel läsplatta.