One Eight Two

The Chapter Bookstore
5.0
2 reviews
eBook
525
Pages
Ratings and reviews aren’t verified  Learn more

About this eBook

Disebabkan satu perkataan...

“Saya rasa awak perlukan deodorant. Bau awak masam. Anyway, thanks… Saya akan balas budi baik awak tu nanti!”

Aku bencikan seseorang yang bernama Xaif Umar.

Tapi, mana nak sangka... Benci aku membawa kepada rezeki tak terduga...

“Jadi, cik nak suruh saya jadi assistant kepada The Flash? Cik yakin saya boleh buat ke? Sedangkan The Hulk pun tak boleh nak kawal dia... Apalah lagi saya yang macam The Dwarf ni?”

Dan, akhirnya...

“Tiga... Tet! Masa dah tamat. You... Stuck with me!”

Aku jadi pembantu dia.

Bermulalah plot cerita benci antara aku dan Xaif Umar.

“Orang tua-tua kata, kalau benci... Lama-lama sayang. Orang tua-tualah kata. Bukan saya.”

Tapi ini bukan cerita benci biasa-biasa...

Sebab aku benci Xaif Umar tapi aku sayang Aidit Ulhaq.

“Hah... Kat girlfriend. Can I call you that now, Amaya?”

Dah lama aku tunggu cinta dia... Akhirnya aku dapat.

Tapi, orang tua-tua ada kata...

Selalunya, yang tak maulah... Yang kita dapat!

“Sudi tak awak menjadi isteri kepada orang yang awak benci?”

Dah tu... Apa jadi dengan orang yang aku sayang?

Ratings and reviews

5.0
2 reviews
Haya Faiz
14 June 2024
cerita komedi romantik yang sangat best. Plot twist yang tak disangka sangka. Terbaiklah acik!!!
Did you find this helpful?
Shahida Sahimi
17 August 2024
Best sangat.
Did you find this helpful?

About the author

SYAMNURIEZMIL menulis buku tentang cinta dan keluarga. Kebanyakan buku beliau diadaptasi ke filem dan drama. Beliau juga merupakan pemenang Anugerah Telenovela di bawah kategori Novelis Terbaik pada tahun 2018. Sebelum beliau menulis cerita bergenre komedi romantik, beliau merupakan graduan lepasan ijazah di dalam bidang kewangan dari UiTM. Selepas itu, beliau bekerja sebagai pegawai bank selama 13 tahun sebelum menulis buku sepenuh masa. Beliau juga merupakan pesakit kronik kegagalan buah pinggang yang memerlukan rawatan hemodialisis seumur hidup. Hidup sedang mengajar beliau untuk bertahan, jadi jangan lemah... Kerana Tuhan tidak pernah gagal menciptakan takdir dan tidak pernah salah memilih hamba untuk diberi beban. 


Rate this eBook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Centre instructions to transfer the files to supported eReaders.