Kadangkala Allah sembunyikan matahari. Kemudian, Dia datangkan petir dan kilat. Kita akan menangis dan tertanya-tanya, ke manakah hilangnya sinar. Rupa-rupanya, Allah ingin memberi kita pelangi nan indah.” Kehidupan yang serba sederhana tidak menghalang Ashraf dan adiknya mendapat kasih sayang yang tidak berbelah bagi dari kedua ibu bapanya. Kerana kasih sayang itulah, Ashraf membesar sebagai anak yang baik, menghormati kedua ibu bapa serta menjadi seorang pelajar yang bertanggungjawab.
Namun, siapalah Ashraf untuk menidakkan takdir Ilahi. Ashraf terlalu kerdil untuk menafikan semua itu. Ashraf yang tabah, berubah menjadi seorang yang berputus asa. Adakah pesanan terakhir ayahnya itu menjadi beban bagi dirinya? Atau pesanan itu berjaya membangkitkan semangatnya semula?