Padanya Ada Bahagia

·
· PTS Litera Utama
3,4
10 ulasan
eBook
120
Halaman
Rating dan ulasan tidak diverifikasi  Pelajari Lebih Lanjut

Tentang eBook ini

Padanya Ada Bahagia adalah sebuah karya yang istimewa.

Ini kisah tentang anak-anak kita, juga kisah tentang kita sebagai ibu bapa. Dalam mengharungi dunia kekeluargaan, terkadang kita lupa anak-anak kita adalah manusia biasa, sama seperti kita. Yang akan berbuat salah, yang punyai emosi mereka sendiri, punyai keinginan, dan sikap yang berbeza-beza.

Bagaimana kita menghadapi anak-anak dengan segala cabaran dunia hari ini? Buku ini tampil mengusulkan cadangan, memberikan tip-tip, supaya kita sebagai ibu bapa, mampu memberikan anak-anak kita bukan sekada kata-kata nasihat yang terbaik, tetapi contoh terbaik yang mereka akan ikuti apabila menjadi ibu bapa.

Rating dan ulasan

3,4
10 ulasan

Tentang pengarang

Bahruddin Bekri

Nama sebenarnya Mohamad Bahruddin bin Mohamad Bekri. Beliau berasal daripada Kampung Iboi Ulu, Sadong Jaya, Sarawak. Beliau memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Iboi / Pelandok sebelum menyambung ke SMK Sadong Hilir (Semera). Selepas SPM penulis melanjutkan pelajaran ke matrikulasi UPM dan seterusnya ke Bachelor Ekonomi, juga di UPM.

Penulis mula menulis secara serius bermula pada tahun 2007. Sehingga kini, sudah lebih 20 buah bukunya diterbitkan. Novel 'Doa Untuk Aku' sudah diadaptasi menjadi drama televisyen.

Beliau memilih gaya penulisan yang sederhana dan mudah bagi difahami oleh pembaca. Genre yang senang beliau uliti adalah genre berkenaan kehidupan manusia-manusia kecil. Antara kelebihan penulis, beliau mampu mengangkat tema-tema kecil menjadi sesuatu yang sangat dalam dan membuatkan pembaca terfikir-fikir. Gaya bahasanya walaupun mudah dan sederhana, tetapi lenggoknya memberikan rantaian keindahan apabila dibaca. Ia mempunyai magis yang tersendiri, sesuatu yang jarang dimiliki oleh penulis Malaysia.

Beliau sekarang bertugas sebagai editor di sebuah syarikat penerbitan buku terkenal Malaysia. Di samping menulis buku, beliau juga adalah seorang bapa kepada dua orang puteri (setakat artikel ini ditulis), juga sering dijemput menjadi penceramah penulisan kepada remaja.

Dr. Robiah K. Hamzah

Dr. Robiah seorang penceramah motivasi yang bersuara lantang dan kuat, bertenaga sungguh beliau walaupun umurnya sudah menjangkau 60-an.Selain itu juga, beliau seorang yang suka berinteraksi dengan khalayak pendengar ceramah atau pun peserta sesuatu program yang dihadirinya.Beliau juga seorang yang berobjektif,berfakta namun tidak lekang dengan senyuman dan juga lawak jenaka yang bersahaja juga kadangkala diselitkan dengan dialek Peraknya.

Untuk pengetahuan anda semua, Dr. Robiah memang terkenal sebagai perunding motivasi atau pun pakar motivasi wanita yang kerap kali muncul di kaca telivisyen.Selalunya beliau sering ke udara di Astro atau pun di saluran TV 9.

Beri rating eBook ini

Sampaikan pendapat Anda.

Informasi bacaan

Smartphone dan tablet
Instal aplikasi Google Play Buku untuk Android dan iPad/iPhone. Aplikasi akan disinkronkan secara otomatis dengan akun Anda dan dapat diakses secara online maupun offline di mana saja.
Laptop dan komputer
Anda dapat mendengarkan buku audio yang dibeli di Google Play menggunakan browser web komputer.
eReader dan perangkat lainnya
Untuk membaca di perangkat e-ink seperti Kobo eReaders, Anda perlu mendownload file dan mentransfernya ke perangkat Anda. Ikuti petunjuk Pusat bantuan yang mendetail untuk mentransfer file ke eReaders yang didukung.