panduan kepada bakal-bakal penulis novel yang masih belum
memulakan penulisan novel.
Antara topik yang ada dalam buku ini bermula daripada
persediaan sebelum memulakan penulisan novel sehingga panduan
asas memasarkan novel.
Kita sedia maklum bahawa setiap bulan sering saja ada novel
baru yang akan diterbitkan dan dijual di kedai buku. Pada masa yang
sama, penulis baru juga sentiasa muncul saban tahun.
Ada yang terjun menjadi penulis tanpa memakai jaket
keselamatan ilmu. Kesannya, ada penulis yang hanya berada dalam
pasaran satu kali terbit buku sahaja. Selepas itu tidak ada lagi khabatr
berita tentangnya.
Oleh itu, saya harapkan sedikit ilmu dan pengalaman yang
dikongiskan dalam buku ini dapat membantu penulis baru berada
lama dalam pasaran. Seterusnya mendapat pahala dan juga royalti
yang berkat.
Dilahirkan di Kuala Lumpur, bersekolah di Selangor dan belajar di Kedah selama 3 tahun.
Semasa belajar di Kedah, setiap kali cuti semester dan sepanjang praktikal. Saya kerap hadir ke kelas-kelas penulisan yang dianjurkan Universiti Terbuka PTS. Kelas dikendalikan oleh Puan Ainon Mohd. dan editor PTS..
Selepas hadir berbelas-belas kelas penulisan, novel pertama diterbitkan bersama PTS pada 2009 bertajuk Usahawan Cilik : Aisyah dan Roti Canai. Syukur novel ini turut diterbitkan oleh PT Gramedia di Indonesia menggunakan tajuk 'Ratu Roti Cane'.
Kemudian Usahawan Cilik : Hana Banana pula diterbitkan dan diteruskan dengan buku novel Apron Bunga-bunga. Kesemua buku di atas menggunakan tema keusahawanan.
Ada sebuah buku kanak-kanak yang ditulis tidak menggunakan tema keusahawanan iaitu Beruslah Gigi. Buku bergambar comel ini dilukis oleh Cik Puan Nur Nadia dan diterbitkan oleh Karangkraf.