Papa Cef

The Chapter Bookstore
5.0
4 則評論
電子書
442
頁數
評分和評論未經驗證 瞭解詳情

關於這本電子書

Kalau tak kerana persaingan mama dengan ibu... Khaleef tak akan melarikan dirinya ke Sungai Petani. Kalau tak kerana itu, dia tak akan duduk di rumah peninggalan keluarga Noh dan berjiran dengan Aya dan Tiya. Kalau tak kerana itu juga, dia tak jatuh sayang dengan Tiya, budak perempuan yang berusia lima tahun tu! 

Lebih-lebih lagi apabila Tiya mula menggelarkan diri Khaleef... PAPA CEF! 

Tapi, panggilan itu tak memberi makna apa-apa kerana Khaleef dengan Tiya... Bukannya ada sebarang pertalian. Untuk jadikan hubungan itu hubungan yang sebenar, Khaleef kenalah berkahwin dengan Aya. Masalahnya, Aya tu... Spicy! 

“Orang putih ada cakap tau, mak lang...”

“Cakap apa tu, Khaleef?”

“Marry someone who can cook. Looks go away, hunger does not!”

“Tu dia... Panjangnya. Apa maknanya tu?”

“Memang panjang ayat tu tapi dipendekkan... Maknanya, kahwin dengan saya aje. Habis cerita!” 

Terus Aya tarik muka empat belas! 

Tapi... Apalah namanya usaha kalau tak berhasil kan? Akhirnya, Aya terima juga Khaleef setelah macam-macam yang Khaleef buat untuk menunjukkan keikhlasannya. Masalahnya, Aya tak tahu... Sebaik aje dia terima lamaran Khaleef, dia akan berdepan dengan banyak lagi cabaran untuk hubungan ini jadi kenyataan! 

Bukan aje tentangan daripada mama... 

“Janda anak satu tu siapa pula?”

“Ingatkan tak nak tanya tadi. Tak ada siapalah mama. Saja cakap aje. Kenapa? Mama tak okey ke dengan janda anak satu?”

“Tak. Mestilah tak okey!” 

Tapi, lebih besar ialah tentangan daripada ayah... 

“Call off the wedding. Ayah tak nak kamu jadi bodoh, kahwin dan jaga cucu musuh ayah sendiri. Kamu kan dah tahu apa yang dia dah buat kat ayah... Kenapa kamu nak kahwin juga dengan perempuan tu?” 

Mama tak setuju kerana Aya merupakan janda anak satu. Ayah pula tak setuju kerana Tiya merupakan cucu kepada musuhnya sendiri. Jadi, apakah Khaleef akan memilih untuk meneruskannya atau membatalkannya? 

Kerana bahagia itukan... Satu pilihan!

評分和評論

5.0
4 則評論

關於作者

SYAMNURIEZMIL menulis buku tentang cinta dan keluarga. Kebanyakan buku beliau diadaptasi ke filem dan drama. Beliau juga merupakan pemenang Anugerah Telenovela di bawah kategori Novelis Terbaik pada tahun 2018. Sebelum beliau menulis cerita bergenre komedi romantik, beliau merupakan graduan lepasan ijazah di dalam bidang kewangan dari UiTM. Selepas itu, beliau bekerja sebagai pegawai bank selama 13 tahun sebelum menulis buku sepenuh masa. Beliau juga merupakan pesakit kronik kegagalan buah pinggang yang memerlukan rawatan hemodialisis seumur hidup. Hidup sedang mengajar beliau untuk bertahan, jadi jangan lemah... Kerana Tuhan tidak pernah gagal menciptakan takdir dan tidak pernah salah memilih hamba untuk diberi beban. 

為這本電子書評分

請分享你的寶貴意見。

閱讀資訊

智能手機和平板電腦
請安裝 Android 版iPad/iPhone 版「Google Play 圖書」應用程式。這個應用程式會自動與你的帳戶保持同步,讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
手提電腦和電腦
你可以使用電腦的網絡瀏覽器聆聽在 Google Play 上購買的有聲書。
電子書閱讀器及其他裝置
如要在 Kobo 等電子墨水裝置上閱覽書籍,你需要下載檔案並傳輸到你的裝置。請按照說明中心的詳細指示,將檔案傳輸到支援的電子書閱讀器。