┬аPalestine bukan milikku, bukan milik bangsa Turki tetapi milik bangsa┬аArab. Baitul Maqdis pula bukan milik bangsa┬аArab┬аtetapi milik umat Islam seluruhnya. Aku tidak akan sesekali menyerahkan bumi Palestine walaupun sejengkal setelah bangsaku berjihad bermati-matian mempertahankan dan menyuburkan tanahnya dengan darah-darah mereka. Simpanlah wang kamu yang berjuta ringgit itu kerana sekiranya suatu hari nanti Khilafah Islamiyah ini tumbang, kamu boleh mengambilnya tanpa sebarang wang tukaran. Adapun, sekiranya aku masih hidup, aku lebih rela diriku dicincang daripada melihat bumi Palestine dikeluarkan dari Daulah Islamiyah dan perkara itu selama-lamanya tidak akan berlaku. Adakah kami akan membenarkan diri (Wilayah-wilayah takluk Kerajaan Turki Uthmaniyah) kami ini semua dipisah-pisahkan sedangkan kami masih hidup?!"(Sultan Abdul Hamid II pada tahun 1901 ketika ditawarkan oleh Tiodore Hertzel (Ketua Pertubuhan Zionis Antarabangsa dan antara pemimpin tertinggi freemasonry).┬аDipetik daripada kitab┬аKaifa Saqatot al-Khilafah al-Islamiyah, halaman 26)
Selepas Turki Uthmaniyah kalah dalam┬аPerang┬аDunia Pertama (1914тАУ1918),┬аBritish yang menguasai tanah jajahan Turki Uthmaniyah (termasuk Palestine) mengisytiharkan Perisytiharan Balfour pada tahun 1917 dengan mengiktiraf negara┬аIsrael┬аtanpa menafikan hak-hak sivil┬аdan agama masyarakat bukan Yahudi di Palestin. Sejak dari itu,┬аseramai 85,000 orang Yahudi sudah pun bermastautin┬аdi Palestin. Pada tahun 1947,┬аUN┬аPartition Resolution (GA 181) membahagikan┬аtanah Palestine dengan 4,700 batu kepada 1.35 juta penduduk┬аArab┬аPalestine manakala┬а5,300 batu kepada┬а630 ribu pendatang Yahudi. Pembahagian yang jelas berat sebelah mencetus┬аPerang┬аArab-Israel┬а1947 dan┬аPerangArab-Israel┬а1948.┬аBuku ini mendedahkan:Faktor kekuatan tentera┬аIsrael┬аyang memenangi┬аPerang┬аArab-Israel┬а1947-1948,Perang┬аSuez 1956, dan┬аPerang┬аEnam Hari 1967,┬аPerang┬аYom Kippur 1973Faktor kelemahan tentera gabungan┬аArab┬аyang mendorong kekalahan kepadaIsrael.Strategi yang digunakan oleh kedua-dua pihak.Perjanjian Camp David: Sebab dan kesan ke atas Palestine dan Negara-NegaraArab┬аdi sekitarnya.Konflik┬аIsrael-Lubnan (1978-2006): Harapan buat Negara-Negara Islam?Palestine: Kesengsaraan, bantuan Luar dan harapan masa depan.Sabaruddin Hussein adalah penulis, penterjemah dan pengkaji sejarah dan konspirasi berkaitan dengan agenda Yahudi. Beliau menulis buku Agenda Yahudi Menakluk Dunia dan Konspirasi Yahudi:┬аPerang┬а& Penaklukan.