Perang Khandaq: Dendam Tentera Ahzab

· PTS Litera Utama
4.5
22 件のレビュー
電子書籍
343
ページ
評価とレビューは確認済みではありません 詳細

この電子書籍について

Perang Khandaq atau Perang Ahzab berlaku pada tahun kelima hijrah. Dinamakan Khandaq (parit) kerana tentera Islam menggali parit yang panjangnya hampir mengelilingi Kota Madinah bagi menghadang serangan musuh. 

Dinamakan Ahzab (bersekutu) kerana musuh yang datang menyerang Madinah terdiri daripada beberapa kabilah Arab, Yahudi dan Habsyi. Jumlah mereka 10000 orang, sedangkan tentera Islam cuma 3000 orang. 

Dalam perang ini, sekiranya tentera ahzab dapat melepasi parit yang digali itu, tentera ahzab akan meluru dan menghapuskan seluruh Madinah. Tentera Islam terpaksa memperkukuhkan pertahanan dan tentera musuh terus mengepung sambil mencari jalan, perang pun semakin panjang. Pada hari ke-16 perang, tentera ahzab sudah nekad. Cara melepasi parit sudah dirancang. 

Satu serangan akhir, satu serangan besar akan dilancarkan. Serangan yang akan menentukan siapa yang menang perang. Sementara itu tentera Islam pula sudah berniat syahid. Lalu bagaimana akhirnya perang?

評価とレビュー

4.5
22 件のレビュー

著者について

Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan pada 2 Jun 1954 mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre;skrip drama tv, cerpen, puisi, dan novel.

Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan. Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005. 

Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.

この電子書籍を評価する

ご感想をお聞かせください。

読書情報

スマートフォンとタブレット
AndroidiPad / iPhone 用の Google Play ブックス アプリをインストールしてください。このアプリがアカウントと自動的に同期するため、どこでもオンラインやオフラインで読むことができます。
ノートパソコンとデスクトップ パソコン
Google Play で購入したオーディブックは、パソコンのウェブブラウザで再生できます。
電子書籍リーダーなどのデバイス
Kobo 電子書籍リーダーなどの E Ink デバイスで読むには、ファイルをダウンロードしてデバイスに転送する必要があります。サポートされている電子書籍リーダーにファイルを転送する方法について詳しくは、ヘルプセンターをご覧ください。