Perjalanan Muhammad SAW Menuju Sempurna

· Iman Publication Sdn Bhd
5.0
1 ulasan
e-Buku
308
Halaman
Rating dan ulasan tidak disahkan  Ketahui Lebih Lanjut

Perihal e-buku ini

Kita semua mengimpikan keperibadian diri yang terbaik — namun tiada manusia yang mempunyai peribadi sempurna melainkan Nabi Muhammad SAW.  

Baginda SAW menjadi lambang kesempurnaan manusia. Betapa tinggi empatinya, sempurna sabarnya, dan besar tawakalnya.  

Akan tetapi peribadi Baginda SAW itu tidaklah tumbuh sekelip mata, bahkan bukan pula muncul secara magis. Kesempurnaan itu terbentuk melalui sebuah proses terperinci yang telah ditetapkan Allah SWT — proses yang perlu dilalui agar Baginda SAW menjadi manusia terbaik.  

Persoalannya, mampukah manusia biasa seperti kita meneladani proses itu untuk turut menjadi peribadi yang terbaik?  

Melalui buku ini, Khubaib Akhi menawarkan jalan praktikal dan sistematik untuk kita mencapai keperibadian seperti Nabi SAW melalui adunan wahyu berserta sains kemanusiaan yang dikaji. Mencapai kesempurnaan total adalah mustahil, tetapi melalui buku ini, kita ada jalan terbaik sebagaimana yang ditempuh oleh Baginda SAW. 

 

Rating dan ulasan

5.0
1 ulasan

Perihal pengarang

Khubaib Akhi merupakan Pengasas Seerah Daily, sebuah platform perkongsian Sirah Nabi dan Sejarah Islam. Seorang lulusan Sarjana Muda Fiqh & Usul Fiqh dan Sarjana Sejarah Islam, beliau aktif sebagai advokator penghayatan Sirah kontemporari. Perjalanan Muhammad SAW Menuju Sempurna ialah buku kedua beliau selepas buku debut, Nabi SAW Juga Seorang Manusia, yang mengungguli carta jualan buku laris di kedai-kedai buku tempatan. 

Berikan rating untuk e-Buku ini

Beritahu kami pendapat anda.

Maklumat pembacaan

Telefon pintar dan tablet
Pasang apl Google Play Books untuk Android dan iPad/iPhone. Apl ini menyegerak secara automatik dengan akaun anda dan membenarkan anda membaca di dalam atau luar talian, walau di mana jua anda berada.
Komputer riba dan komputer
Anda boleh mendengar buku audio yang dibeli di Google Play menggunakan penyemak imbas web komputer anda.
eReader dan peranti lain
Untuk membaca pada peranti e-dakwat seperti Kobo eReaders, anda perlu memuat turun fail dan memindahkan fail itu ke peranti anda. Sila ikut arahan Pusat Bantuan yang terperinci untuk memindahkan fail ke e-Pembaca yang disokong.