┬аPenemuan catatan тАШHijab RinduтАЩ yang ditemui (Hari ini) merungkai kisah kurun ke-14. Shafi membesar dalam asuhan salah seorang Wali Songo. Dengan alam yang terhijab, mengheretnya ke Tanah Langkasuka bertemu тАШMakhluk Bernyawa PanjangтАЩ. Siapakah dia? Dialah makhluk yang selalu menyesatkan anak-anak Adam. Diciptakan dari api dan angkuh kepada Allah SWT.
Puteri Irdina, puteri Kerajaan Langkasuka terheret ke Sempadan Pura iaitu alam yang terhijab semasa disihir. Atas perbuatan semangat jahat, dia berubah menjadi тАШmanusia berjiwa duaтАЩтАЩ. Manakala Puteri Qaisara, puteri Kota Amuriah dikurung di sebuah tempat rahsia. Ayahandanya iatu Raja Baytizam, menjelma menjadi Puteri Qaisara melalui bantuan taghut laknatullah.