Politics Like Muhammad

·
· PTS Publishing House Sdn. Bhd.
eBook
86
Páginas
Las valoraciones y las reseñas no se verifican. Más información

Información sobre este eBook

- ​Nabi meninggalkan contoh perlembagaan bagi sesebuah negara, tetapi beliau tidak meninggalkan contoh kabinet sebuah negara Islam.

- Nabi tidak meninggalkan prosedur pemilihan bagi jawatan ketua negara Islam.

- Nabi menunjukkan bahawa isu-isu pemilihan ketua negara, pembentukan kabinet, dan pengurusan negara Islam adalah termasuk dalam prinsip: “Kamu lebih tahu urusan kamu.”

Buku ini menerangkan bagaimana seorang anak yatim piatu yang dibesarkan di kampung, berjaya membina kerjaya dalam bidang politik sehingga beliau menjadi pemerintah sebuah negara. Selama 10 tahun beliau memerintah Negara Madinah, tidak pernah berlaku peristiwa keresahan rakyat, pecah belah dalam kalangan penyokongnya, percubaan menggulingkannya, rampasan kuasa, ataupun undi tidak percaya.

Buku ini bacaan wajib bagi sesiapa yang mahu berjaya dalam bidang politik.

Acerca del autor

Ainon Mohd merupakan pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang linguistik dari Universiti Malaya dan ijazah sarjana dalam bidang yang sama dari Leeds University. Beliau juga pernah mengikuti kursus kedoktoran dalam bidang psikologi di Universiti Putra Malaysia dan merupakan pemegang Diploma Penterjemahan dan Interpretasi dari Universiti Malaya. Memulakan kerjaya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan telah berkhidmat di DBP dari tahun 1973 hingga tahun 1988. Sepanjang berkhidmat di DBP, beliau telah memegang pelbagai portfolio termasuk Pegawai Penyelidik Bahasa dan Sastera, Ketua Unit Terjemahan Sastera, Ketua Unit Penyelidikan Bahasa dan terakhir sekali sebagai Ketua Bahagian Terjemahan.

Beliau telah menghasilkan lebih daripada 30 buah buku di dalam bidang terjemahan, komunikasi, pemikiran lateral dan kreativiti bersama dengan suami beliau, Profesor Abdullah Hassan yang kini merupakan pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan merupakan tokoh yang amat dikenali dalam bidang bahasa melayu dan sering dipanggil membentangkan kertas kerja berkaitan bahasa melayu di serata dunia.

Atas keyakinan dan iltizam yang tinggi untuk melihat bahasa melayu berkembang sebagai bahasa ilmu dan bangsa melayu dapat bersaing dalam dunia globalisasi ini, maka pada tahun 2000, beliau telah mengambil keputusan untuk menubuhkan PTS Publications & Distributors yang mengkhusus dalam penerbitan dan pengedaran buku-buku ilmu berbahasa melayu yang ditulis oleh para ilmuwan dan cendiakawan melayu. Kini, selain menyelia kerja-kerja di bahagian editorial, beliau juga terlibat secara aktif dan proaktif dalam memberi konsultansi, latihan dan bimbingan bagi menjayakan projek PTS dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNMB) bagi menterjemah pelbagai buku bahasa asing yang bermutu tinggi untuk bacaan dan rujukan rakyat Malaysia yang berbahasa Melayu.

Valorar este eBook

Danos tu opinión.

Información sobre cómo leer

Smartphones y tablets
Instala la aplicación Google Play Libros para Android y iPad/iPhone. Se sincroniza automáticamente con tu cuenta y te permite leer contenido online o sin conexión estés donde estés.
Ordenadores portátiles y de escritorio
Puedes usar el navegador web del ordenador para escuchar audiolibros que hayas comprado en Google Play.
eReaders y otros dispositivos
Para leer en dispositivos de tinta electrónica, como los lectores de libros electrónicos de Kobo, es necesario descargar un archivo y transferirlo al dispositivo. Sigue las instrucciones detalladas del Centro de Ayuda para transferir archivos a lectores de libros electrónicos compatibles.