Berjaya atau tidaknya sesebuah kerajaan Islam itu amat berkait rapat dengan modal insan pemimpin dan rakyatnya. Oleh itu, buku ini cuba untuk mengutarakan konsep asas sistem politik Islam (siyasah syar’iyyah) dan metadologi pembentukan negara Islam. Selain itu, buku ini memberikan kesedaran kepada pemimpin dan rakyat tentang tugas dan tanggungjawab bersama antara mereka demi mendaulatkan negara Islam bagi menggantikan sistem politik konvensional yang telah lama bertapak.
Buku ini memberikan fokus terhadap falsafah siyasah syar’iyyah yang berbeza dengan idealogi dan amalan politik konvensional. Oleh sebab pendekatannya bersumberkan wahyu, maka ia bercirikan intelektual, amanah, adil, rasional, sistematik, mesra, dan keterbukaan. Maka buku ini sesuai dijadikan khazanah rujukan yang berasaskan syarikat Islam dan sesuai dibaca oleh semua peringkat masyarakat.