Poskad Terakhir Si Pemuja Rahsia

The Chapter Bookstore
5.0
42 reviews
eBook
106
Pages
Ratings and reviews aren’t verified  Learn more

About this eBook

Selama 6 bulan, Fateha Ariani pindah masuk rumah baru, selama itulah dia menerima sekeping poskad setiap minggu. Dia ingatkan untuk penyewa sebelum dia. Tetapi, apabila dia kembalikan kepada Pak Cik Azam, Pak Cik Azam memulangkan semula poskad-poskad itu kepadanya. 

“Pula. Habis tu, poskad ni untuk siapa?”

“Untuk hanglah agaknya.”

“Hesy, pak cik ni... Apa pula untuk saya? Saya kan baru aje duduk kat situ!” 

Oleh kerana tak ada sesiapa yang menuntut, Fateha mula membaca poskad itu, mencari tahu, untuk siapa poskad itu dihantarkan. Tanpa Fateha sangka, poskad itu adalah untuk dirinya! 

Untuk awak... Hari ini hari pertama awak masuk rumah baru, kan? Sorry, tak sempat nak tolong. Saya on the way ke Paris sewaktu awak masuk rumah baru. Ada hal sikit. Saya akan berada di sekitar Europe selama enam bulan. Nanti saya tulis lagi. – Si Pemuja Rahsia. 

Siapakah si pemuja rahsia yang menghantarkan poskad itu, ke rumahnya? Hanya dua orang saja yang muncul di dalam kepalanya waktu itu, anak Pak Cik Azam atau, jiran di depan rumah yang punya lesung pipit di pipi. Atau, bukan kedua-duanya?

Untuk awak... Saya kena extend kerja saya di London lagi sebulan. So, awak akan terima empat keping lagi poskad daripada saya. Poskad terakhir yang sampai pada awak, minggu itu saya sudah ada di Ipoh. Jangan lupa... Perjanjian kita. Saya bagi awak tempoh satu minggu untuk awak teka siapa saya. Kalau tidak... Saya ketuk pintu rumah awak dan bagi denda! – Si Pemuja Rahsia

Dapatkah Fateha meneka siapa si pemuja rahsia? Adakah dia menang dalam permainan itu?

“Teha, aku tahu macam mana nak perangkap dia orang ni...”

"Macam mana?”

Ratings and reviews

5.0
42 reviews
Hamizah Johari
19 August 2023
haih. saya pun ikut pening nak teka siapa pemuja rahsia tu. but best sebab kona sana kona ni. jadilah detective sekejap. haha. but tak tipu best buku ni. yg extra best. hehehe ada graphic postcards jugak kat dlm so terasa feel dan real bila baca. selamat membaca bagi yg beli ebook ni! ❤️
Did you find this helpful?
Nur Alia Farhana
31 July 2023
Dah aku pulak yg ikut menyiasat siapa si pemuja tu 🤣 baca acik syam punya buku mesti terasa diri tu mcm karakter 😂
Did you find this helpful?
Zakiah Sulong
23 July 2023
sila baca 🤭 cukup utk mengisi masa hujung minggu dengan penuh rs terhibur sambil menjawab teka teki siapa pengirim poskad 😜
Did you find this helpful?

About the author

SYAMNURIEZMIL menulis buku tentang cinta dan keluarga. Kebanyakan buku beliau diadaptasi ke filem dan drama. Beliau juga merupakan pemenang Anugerah Telenovela di bawah kategori Novelis Terbaik pada tahun 2018. Sebelum beliau menulis cerita bergenre komedi romantik, beliau merupakan graduan lepasan ijazah di dalam bidang kewangan dari UiTM. Selepas itu, beliau bekerja sebagai pegawai bank selama 13 tahun sebelum menulis buku sepenuh masa. Beliau juga merupakan pesakit kronik kegagalan buah pinggang yang memerlukan rawatan hemodialisis seumur hidup. Hidup sedang mengajar beliau untuk bertahan, jadi jangan lemah... Kerana Tuhan tidak pernah gagal menciptakan takdir dan tidak pernah salah memilih hamba untuk diberi beban. 

Rate this eBook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Centre instructions to transfer the files to supported eReaders.