Poskad Terakhir Si Pemuja Rahsia

The Chapter Bookstore
5.0
42条评价
电子书
106
评分和评价未经验证  了解详情

关于此电子书

Selama 6 bulan, Fateha Ariani pindah masuk rumah baru, selama itulah dia menerima sekeping poskad setiap minggu. Dia ingatkan untuk penyewa sebelum dia. Tetapi, apabila dia kembalikan kepada Pak Cik Azam, Pak Cik Azam memulangkan semula poskad-poskad itu kepadanya. 

“Pula. Habis tu, poskad ni untuk siapa?”

“Untuk hanglah agaknya.”

“Hesy, pak cik ni... Apa pula untuk saya? Saya kan baru aje duduk kat situ!” 

Oleh kerana tak ada sesiapa yang menuntut, Fateha mula membaca poskad itu, mencari tahu, untuk siapa poskad itu dihantarkan. Tanpa Fateha sangka, poskad itu adalah untuk dirinya! 

Untuk awak... Hari ini hari pertama awak masuk rumah baru, kan? Sorry, tak sempat nak tolong. Saya on the way ke Paris sewaktu awak masuk rumah baru. Ada hal sikit. Saya akan berada di sekitar Europe selama enam bulan. Nanti saya tulis lagi. – Si Pemuja Rahsia. 

Siapakah si pemuja rahsia yang menghantarkan poskad itu, ke rumahnya? Hanya dua orang saja yang muncul di dalam kepalanya waktu itu, anak Pak Cik Azam atau, jiran di depan rumah yang punya lesung pipit di pipi. Atau, bukan kedua-duanya?

Untuk awak... Saya kena extend kerja saya di London lagi sebulan. So, awak akan terima empat keping lagi poskad daripada saya. Poskad terakhir yang sampai pada awak, minggu itu saya sudah ada di Ipoh. Jangan lupa... Perjanjian kita. Saya bagi awak tempoh satu minggu untuk awak teka siapa saya. Kalau tidak... Saya ketuk pintu rumah awak dan bagi denda! – Si Pemuja Rahsia

Dapatkah Fateha meneka siapa si pemuja rahsia? Adakah dia menang dalam permainan itu?

“Teha, aku tahu macam mana nak perangkap dia orang ni...”

"Macam mana?”

评分和评价

5.0
42条评价

作者简介

SYAMNURIEZMIL menulis buku tentang cinta dan keluarga. Kebanyakan buku beliau diadaptasi ke filem dan drama. Beliau juga merupakan pemenang Anugerah Telenovela di bawah kategori Novelis Terbaik pada tahun 2018. Sebelum beliau menulis cerita bergenre komedi romantik, beliau merupakan graduan lepasan ijazah di dalam bidang kewangan dari UiTM. Selepas itu, beliau bekerja sebagai pegawai bank selama 13 tahun sebelum menulis buku sepenuh masa. Beliau juga merupakan pesakit kronik kegagalan buah pinggang yang memerlukan rawatan hemodialisis seumur hidup. Hidup sedang mengajar beliau untuk bertahan, jadi jangan lemah... Kerana Tuhan tidak pernah gagal menciptakan takdir dan tidak pernah salah memilih hamba untuk diberi beban. 

为此电子书评分

欢迎向我们提供反馈意见。

如何阅读

智能手机和平板电脑
只要安装 AndroidiPad/iPhone 版的 Google Play 图书应用,不仅应用内容会自动与您的账号同步,还能让您随时随地在线或离线阅览图书。
笔记本电脑和台式机
您可以使用计算机的网络浏览器聆听您在 Google Play 购买的有声读物。
电子阅读器和其他设备
如果要在 Kobo 电子阅读器等电子墨水屏设备上阅读,您需要下载一个文件,并将其传输到相应设备上。若要将文件传输到受支持的电子阅读器上,请按帮助中心内的详细说明操作。