Komik ini amat berbeza dengan buku yang sebelumnya, di mana ia mengandungi 56 cerita yang lebih berat, menyentuh emosi, kisah motivasi dan pengajaran serta kesedaran tentang realiti dan hakikat kehidupan.
Prince of Noob pada asalnya mahu menerbitkan buku yang mengandungi gambar selfie beliau yang disertai himpunan kata-kata hikmah yang diambil dari status FB namun membatalkan hasrat kerana sudah terlalu ramai yang buat buku seperti itu lantas menerbitkan komik sahaja.