Projek Seram - Kem

· Buku Prima
4.2
14 reviews
Ebook
336
Pages
Ratings and reviews aren’t verified  Learn More

About this ebook

 Kisah Latifah - Maria Kajiwa
Cerita ini mengisahkan ketabahan watak utamanya, Azim mencari adiknya, Bahiyah yang hilang sewaktu pergi ke sebuah kampung. Pencarian Azim membawa dia dan dua orang rakannya ke sebuah kem tahanan perang dunia ke 2 yang sudah ditinggalkan di atas sebuah bukit.
Di situ, Azim dan kawan-kawannya berhadapan dengan pelbagai rintangan untuk menyelamatkan Bahiyah dari puaka yang mengawal tempat itu. Akhirnya setelah berhempas pulas, mereka berempat berjaya keluar dari situ dengan selamat. Dan akhirnya membongkar misteri yang sudah bertahun-tahun dirahsiakan. 

Kisah Malam Jumaat - Zaifuzaman Ahmad

Zamri hanya bekerja di sebuah medan selera. Ketika malam jumaat, tidak ramai pelanggan yang hadir. Di kesempatan itu dia dan dua lagi rakan sekerja menghabiskan masa berbual. Topik yang dipilihnya kisah seram. Hanafi menceritakan empat kisah seram kepada mereka. Gara-gara sundel bolong, misteri kepala anjing, pocong dalam kem dan cubaan melarikan diri dan diganggu Pontianak. Malangnya malam itu Zamri sendiri ketika pulang telah diganggu dengan hantu tanpa kepala. Terus dia pengsan dan sejak itu dia tidak berani lagi untuk bergebang tentang kisah seram.

Kem Rahsia - Aida Adia

Empat rakan baik, Zayeed, Afy, Ryan dan Vijay tidak menyangka bahawa tugas mereka di KEM RAHSIA bukan sekadar melaksanakan latihan ketenteraan dan tugas-tugas rahsia dari unit mereka malah telah mengalami suatu tragedi berdarah hingga membawa impak besar dalam hidup mereka. Atas satu kesilapan tanpa disengajakan kerana mengambil barang yang bukan miliknya serta menganggu ketenteraman si penunggu hutan, Vijay telah diserapi roh pahlawan Melayu lama yang telah bersumpah akan mengakhiri dendamnya walau dengan apa cara sekalipun. “GANGGU KETENANGANKU, PETAKA HIDUPMU!”

Ratings and reviews

4.2
14 reviews
Muhammad Rasyid Abd Razak
April 26, 2017
Saya berharap pihak buku prima dpt gandingkan karya penulis maria kajiwa dgn penulis seperti hasrudin jawawi,naim tamndis,a darwisy,saidee nor azam dan ninie kerana saya tidak begitu berpuas hati membeli buku semata2 untuk berpuas hati membaca karya maria kajiwa sahaja
1 person found this review helpful
Did you find this helpful?
Shadz Dzulkafli
June 29, 2022
Memang best dan terbaik.. Ketiga-tiga penulis memberikan cerita yang ohsem.. Bukan cerita sahaja tetapi ada pengajarannya.. Ilmu juga ada diberikan.. Memang ohsem.. Tahniah buat ketiga-tiga penulis.. Ingat.. Mereka masih mengawal tempat itu... Sebab bukan dalam hutan aje, dalam kem pun banyak.. jadinya jangan ganggu ketenanganku, petakalah hidupmu... Ingat tu..
Did you find this helpful?
aichan nabila naz
June 27, 2022
buku ini sangat menarik kisahnya mengenai kem,cerita ini mempunyai dua judul yg berbeza.antranya mengenai kem yg ditinggal dan dipuja oleh penghulu kampung.selain itu kem yg stu lgi mengenai sosial kini menceritakan kisah tentera yg tlh mngmbil keris yg mempunyai sumpahan sukma..
Did you find this helpful?

Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.