Projek Seram - Muzium

· ·
· Buku Prima
電子書
360
評分和評論未經驗證  瞭解詳情

關於本電子書

KAIN IBU SYAITAN – A. DARWISY Hari pertama Azham bekerja di Muzium Tekstil Negara, dia sudah diganggu dengan perkara-perkara aneh. Bukan dia seorang saja, tetapi hampir semua pekerja di dalam muzium itu turut merasai pengalaman yang menakutkan. Kemuncaknya, adalah pada program Denai Malam yang dianjurkan oleh Jabatan Muzium Malaysia. Apa yang terjadi pada malam itu? Apa pula kaitannya dengan siri kejadian seram yang menimpa mereka sebelum ini? Benarkah muzium itu berhantu atau ada cerita di sebaliknya yang mereka tidak tahu? “Setiap yang lama itu, ada penjaganya...” CANANG ANISAH – SUZANI NADZIR Satu tugasan yang diterima membawa sekumpulan ahli arkeologi ke Gua Cha. Perjalanan mereka tidak semudah yang dirancang. Kemalangan yang berlaku membuatkan mereka mengambil jalan pintas ke sebuah kampung. Tambah memburukkan keadaan, kenderaan yang dinaiki oleh mereka rosak di tengah jalan. Dengan pertolongan yang ditawarkan oleh Rahman, mereka menumpang teduh di rumah lelaki itu sementara menunggu kereta mereka siap dibaiki. Di situ, mereka terjumpa sebuah bangunan terbengkalai yang dipercayai merupakan sebuah muzium lama. Usul telah diajukan oleh Fahrin kepada pihak Muzium Kesenian Pantai Timur untuk cadangan membaik pulih bangunan tersebut. “Aku memburu jiwa yang hitam, menghapuskan hati yang kotor!” PASUNGAN – FAIZUL RAHIM Lawatan sekumpulan pelajar sekolah ke salah sebuah muzium semuanya kelihatan elok dan berjalan lancar. Tetapi kejadian histeria yang secara tiba-tiba berlaku di sekolah tersebut telah menyebabkan Yusuf berminat untuk membantu kerana dia tahu ada yang sedang menanti dirinya. Kejadian pembunuhan yang pernah berlaku belahan tahun lambat sengaja disembunyikan oleh pihak muzium tanpa siapa mengetahui alasannya. Keberanian Haslina untuk membantu Yusuf menyelesaikan misteri berakhir tragedi. “Cinta terpasung, cinta berdarah.

為這本電子書評分

歡迎提供意見。

閱讀資訊

智慧型手機與平板電腦
只要安裝 Google Play 圖書應用程式 Android 版iPad/iPhone 版,不僅應用程式內容會自動與你的帳戶保持同步,還能讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
筆記型電腦和電腦
你可以使用電腦的網路瀏覽器聆聽你在 Google Play 購買的有聲書。
電子書閱讀器與其他裝置
如要在 Kobo 電子閱讀器這類電子書裝置上閱覽書籍,必須將檔案下載並傳輸到該裝置上。請按照說明中心的詳細操作說明,將檔案傳輸到支援的電子閱讀器上。