Puaka Makmal Sains Sekolah

· ·
· Penerbit-X
4.4
7条评价
电子书
136
评分和评价未经验证  了解详情

关于此电子书

“Apa yang berada di puncak rantai makanan?” tanya Cikgu Nida dengan lantang.


“Ziana Zain!” sahut seorang pelajar di meja belakang.


“Lawak kamu dah basi, Ian! Ziana Zain tu Puncak Kasih. Saya harap kamu dapat lakukan lebih baik pada minggu hadapan. Itu pun kalau kamu tidak tersingkir pada minggu ini, Ian,” jawab Cikgu Nida dengan gaya juri rancangan pertandingan hiburan di TV. Seluruh kelas berdekah. Ian pula sengih tersipu-sipu. Rancangannya untuk membuat punchline telah gagal.


“Aku!”


Dalam keriuhan gelak tawa di dalam makmal itu, Cikgu Nida terdengar suara dari belakangnya. Disangkanya ada pelajar mahu menjawab. “Ya, siapa nak jawab?” Cikgu Nida menoleh, dan ketika itulah jantungnya terasa seperti mahu gugur.


Seorang lelaki berwajah pucat memakai kot putih dengan stetoskop tergantung di leher sedang berdiri di belakang Cikgu Nida, memandangnya dengan mata yang merah menyala. “Aku,” kata lelaki itu sekali lagi. “Aku yang paling atas dalam rantai makanan,” sambungnya sambil tersenyum, menampakkan dua taring panjang di penjuru bibirnya.


Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

评分和评价

4.4
7条评价

为此电子书评分

欢迎向我们提供反馈意见。

如何阅读

智能手机和平板电脑
只要安装 AndroidiPad/iPhone 版的 Google Play 图书应用,不仅应用内容会自动与您的账号同步,还能让您随时随地在线或离线阅览图书。
笔记本电脑和台式机
您可以使用计算机的网络浏览器聆听您在 Google Play 购买的有声读物。
电子阅读器和其他设备
如果要在 Kobo 电子阅读器等电子墨水屏设备上阅读,您需要下载一个文件,并将其传输到相应设备上。若要将文件传输到受支持的电子阅读器上,请按帮助中心内的详细说明操作。