Puaka Rumah Sewa

· Penerbit-X
3.9
12 reviews
Ebook
123
Pages
Ratings and reviews aren’t verified  Learn More

About this ebook

“Masa aku buat air teh O tadi, aku terdengar bunyi orang mandi. Aku rasa pelik, siapa pula yang mandi? Kau orang berdua sedang solat.” Aaron memulakan cerita. “Jadi, aku ketuk pintu bilik air tu. Kemudian aku terdengar bunyi air paip ditutup. Lepas tu terus senyap,” sambungnya lagi. “Habis tu, kau tak cuba buka pintu?” tanya Azim. “Aku buka suis lampu dulu. Lepas tu perlahan-lahan aku buka pintu tu. Serius, beb… masa tu bulu roma aku meremang! Bila aku masuk, memang aku terkejut sebab lantai bilik air kering saja, tak basah langsung!” Aaron berhenti bercerita dan menyuap nasi goreng ke dalam mulut. “Hang tengah mamai tadi ni,” Nizam menyampuk. “Ka bunyi hang goreng nasi tapi hang dengaq macam orang tengah mandi. Kitakan belajaq dalam sains, ada konsep gemaan bunyi, atau echo. Dapoq kita ni kan tertutup sikit, jadi bunyi senang bergema dan distort.” “Telinga aku okey lagilah, Nizam. Takkan aku tak tahu beza bunyi depan mata aku dengan bunyi dari luaq dapoq ni,” bidas Aaron dengan meniru loghat utara Nizam. Kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya. 

Ratings and reviews

3.9
12 reviews
aichan nabila naz
February 1, 2022
kisah ini memang menyeramkan bagi pendapat saya,walaupun penamat kisah ini melibatkan roh yang tidak tenteram iaitu membunuh..kisah ini mempunyai dua tragidi antaranya unsur mistik dan pembunuhan.
Did you find this helpful?
Shadz Dzulkafli
May 1, 2021
Penceritaan yang ohsem dari penulis..
Did you find this helpful?
Munirah Othman
May 6, 2021
boleh bagi sampel percuma tak?
Did you find this helpful?

About the author

 

Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.