Kehilangan Nasha di terowong lama tersebut juga secara tidak langsung telah membangkitkan kes penemuan mayat seorang pelajar perempuan di situ setahun lalu. Tambah menggerunkan apabila seorang rakan Azli bernama Rafi telah melihat sendiri susuk seseorang yang kelihatan seperti mayat muncul di muka terowong dan selepas itu seorang demi seorang rakan baik Lina mati dalam kemalangan aneh.