Kawan-kawan ajaib Damia menjadi lemah kerana sesuatu menimpa kampung halaman mereka. Damia berasa sedih melihat keadaan kawan-kawannya yang tidak sedarkan diri serta kelihatan tidak bermaya. Damia mahu cuba menyelamatkan kawan-kawannya.
Datuk Damia kemudiannya menunjukkan sebuah cermin yang melekat di pintu almari besar. Damia bertekad mahu masuk ke dalam cermin ajaib itu walaupun dihalang datuknya. Datuknya bimbang kerana sekiranya matlamat Damia mahu membantu kawan-kawan ajaibnya tidak tercapai, dia akan terperangkap di dalam cermin ajaib itu sampai bila-bila.
Apakah kesudahannya? Adakah Damia berjaya menyelamatkan kawan-kawannya?