Fadiah yang mengunjungi datuknya semasa cuti persekolahan telah terlibat dalam satu misteri. Segala-galanya bermula dari nombor-nombor yang telah dilihatnya pada sepucuk surat yang tersalah hantar. Namun sebagai kanak-kanak yang cerdas, nombor-nombor yang tertera di atas kertas itu menggamit minatnya.
Suatu kejadian yang berlaku di pekan berhampiran membuatkan Fadiah tertanya-tanya. Dia tidak dapat melupakan turutan nombor-nombor yang telah dilihatnya. Fadiah mula menyelongkar rahsia di sebalik nombor-nombor itu satu-persatu.
Apakah jawapan yang diperoleh Fadiah? Untuk membongkar rahsia itu, mari ikuti kisah selanjutnya di dalam buku ini.