RANCANGAN PERNIAGAAN UNTUK KEUSAHAWANAN (Penerbit UMK)

·
· Penerbit UMK
৪.০
৪টি রিভিউ
ই-বুক
153
পৃষ্ঠা
রেটিং ও রিভিউ যাচাই করা হয়নি  আরও জানুন

এই ই-বুকের বিষয়ে

Buku Rancangan Perniagaan untuk Usahawan memberi panduan kepada para usahawan untuk MEMBINA Rancangan Perniagaan (RP) mereka secara EFEKTIF, PADAT dan TEPAT! Buku ini ditulis bukan sahaja berdasarkan pengalaman oleh dua orang pakar, tetapi dilengkapi dengan contoh-contoh bagaimana untuk membina setiap komponen RP secara berkesan. Contoh dan tip yang diberikan memudahkan pembaca memahami keperluan, tujuan dan maklumat-maklumat penting yang perlu dimasukan dalam penulisan rancangan perniagaan. Dalam buku ini turut terdapat jadual kos, sumber pembiayaan dan komponen sumber pembiayaan memberi maklumat yang jelas dan dapat difahami dengan mudah.

রেটিং ও পর্যালোচনাগুলি

৪.০
৪টি রিভিউ

লেখক সম্পর্কে

MOHD NOR HAKIMIN BIN YUSOFF adalah pensyarah kanan di Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Sebelum menyertai UMK, beliau berkhidmat sebagai Pengurus Cawangan untuk SME Bank. Beliau meninggalkan industri perbankan selepas 15 tahun berkhidmat dan menyertai akademik pada tahun 2009. Beliau berkelulusan Doktor Falsafah daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (2014), Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Utara Malaysia (2004) dan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada Universiti Teknologi MARA (1994). Beliau merupakan Akauntan Bertauliah (Chartered Accountant) dan ASEAN Chartered Profession Accountant. Berbekalkan pengalamannya yang luas dalam aktiviti PKS, beliau dilantik sebagai penasihat perniagaan oleh beberapa PKS tempatan. Selain daripada itu Dr. Hakimin juga merupakan Jurulatih Bertauliah untuk Malaysian Financial Planning Council (MFPC) dan Human Resources Development Fund (HRDF). Setakat ini beliau terlibat dalam banyak aktiviti penyelidikan. Beliau adalah pengarang yang aktif dalam menerbitkan makalah dan jurnal serta buku akademik mengenai keusahawanan dan mengambil bahagian dalam pelbagai persidangan antarabangsa di seluruh dunia. Beliau juga seorang pengulas untuk jurnal dan konferens serta diiktiraf oleh Persatuan Pengurusan Maklumat Perniagaan Antarabangsa (IBIMA) sebagai `Penilai Konstruktif Cemerlang’. Minat penyelidikan beliau termasuk sokongan perniagaan, keusahawanan dan pembiayaan PKS. Oleh kerana pencapaian cemerlangnya, beliau telah dianugerahi ‘Anugerah Perkhidmatan Cemerlang’ oleh UMK pada tahun 2010. Dengan pengalamannya yang luas dalam aktiviti PKS, beliau telah dilantik sebagai Pengarah, Institut bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME) pada tahun 2015 hingga Februari 2020. ISME adalah Pusat Kecemerlangan di bawah UMK untuk terus menyokong dan membangunkan PKS dengan menyediakan peluang pembelajaran sepanjang hayat.



FAKHRUL ANWAR BIN ZAINOL adalah penasihat perniagaan profesional (business advisor) kepada para usahawan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS); di mana beliau berperanan membantu mereka mengembangkan perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi. Beliau telah terlibat dan berpengalaman di dalam pelbagai industri, termasuk pembuatan, peruncitan, trading, penjagaan kesihatan, perkhidmatan dan perkhidmatan berkaitan perkilangan. Beliau telah mengamalkan bidang fungsional seperti jualan, pemasaran, dan operasi. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam perbankan pembangunan dengan Bank Pembangunan & Infrastruktur Malaysia dan SME Bank Bhd sebelum menjadi ahli akademik. Pengalaman beliau termasuk pembangunan pemasaran, penilaian daya maju projek, menyelia pelaksanaan projek, menilai permohonan pinjaman dan kawalan kredit serta memulihkan projek-projek bermasalah. Di samping itu, beliau juga terlibat dalam latihan keusahawanan yang dijalankan oleh organisasi untuk menyalurkan pengetahuan dalam pelbagai aspek perniagaan yang bertujuan untuk membangunkan usahawan Bumiputera yang berdaya maju dan berdaya saing terutamanya PKS. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (B. Acc) dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan menamatkan Doktor Falsafah dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (DBA) di University of Newcastle, Australia. Beliau juga memiliki Postgraduate Diploma in Entrepreneurship (PDE) daripada Judge Business School, University of Cambridge, UK. Bidang kepakaran dan penyelidikannya meliputi keusahawanan, pengurusan strategik, strategi perniagaan, strategi korporat dan pengurusan PKS. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah, Pusat Penjanaan Pendapatan dan Pengkomersialan (CIGC) dan kini sebagai Profesor Madya di Fakulti Pengurusan Perniagaan (FPP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu. Beliau juga berkhidmat sebagai Pengerusi, Koperasi Permodalan Sahabat (Terengganu) Berhad (KOSAHABAT); pergerakan koperasi yang memberi tumpuan kepada pertanian/perniagaan asas tani dan pembangunan hartanah. Beliau juga adalah Certified Business Advisor (CBA) daripada Institute of Advisors, Sydney, Australia dan dilantik sebagai Presiden, (Malaysian Chapter) yang pertama.

ই-বুকে রেটিং দিন

আপনার মতামত জানান।

পঠন তথ্য

স্মার্টফোন এবং ট্যাবলেট
Android এবং iPad/iPhone এর জন্য Google Play বই অ্যাপ ইনস্টল করুন। এটি আপনার অ্যাকাউন্টের সাথে অটোমেটিক সিঙ্ক হয় ও আপনি অনলাইন বা অফলাইন যাই থাকুন না কেন আপনাকে পড়তে দেয়।
ল্যাপটপ ও কম্পিউটার
Google Play থেকে কেনা অডিওবুক আপনি কম্পিউটারের ওয়েব ব্রাউজারে শুনতে পারেন।
eReader এবং অন্যান্য ডিভাইস
Kobo eReaders-এর মতো e-ink ডিভাইসে পড়তে, আপনাকে একটি ফাইল ডাউনলোড ও আপনার ডিভাইসে ট্রান্সফার করতে হবে। ব্যবহারকারীর উদ্দেশ্যে তৈরি সহায়তা কেন্দ্রতে দেওয়া নির্দেশাবলী অনুসরণ করে যেসব eReader-এ ফাইল পড়া যাবে সেখানে ট্রান্সফার করুন।