тАЬHmh, tidak juga sebenarnya, tapi dia tidak kekurangan duit,тАЭ jawab Poppy. Tentu saja dia dapat mendapatkan lelaki yang kaya dan gagah. Dia sangat cantik.
тАЬTerus kenapa mahu curang denganku?тАЭ
тАЬMaksudnya kamu mahu?тАЭ tanyanya retorik. тАЬSebab aku belum pernah ada kekasih penulis. Katanya penulis itu romantik.тАЭ
тАЬTapi aku tidak ada duit,тАЭ kataku datar.
тАЬTidak apa-apa. Kamu kan dapat membuatkanku surat cinta atau puisi cinta. Aku belum pernah mendapatkan yang seperti itu dari kekasih-kekasihku yang lalu.тАЭ
Benar, di dunia ini tidak ada yang percuma. Setiap gadis yang dekat denganmu, mereka pasti ada mahunya.┬а
тАЬOkay,тАЭ jawabku singkat. тАЬAku fikir-fikir dulu.тАЭ
(Buku Fixi)
Nuril Basri, lahir 14 Mac 1985 di Indonesia, adalah seseorang yang biasa saja. Selalu memiliki hasrat untuk menjadi pelayan restoran atau supermodel, tapi tidak pernah bermimpi menjadi seorang penulis. Meski demikian telah menerbitkan beberapa buku berbahasa Indonesia.Dua novelnya yang pernah diterbitkan di Malaysia ialah DOSA (2012) dan ROMANTIS (2015).