Ponteng sekolah, melepak dan membuang masa semakin menjadi kebiasaan mereka.
NADRAH, rakan merangkap jiran Reda, berusaha mengembalikan Reda ke arah kebaikan. Tetapi, usahanya sering gagal kerana pengaruh rakan-rakan Reda yang nakal. Reda sedar, perbuatannya itu salah dan tidak betul. Namun, dalam masa sama, dia berasa lega dan gembira kerana itu sahaja cara baginya melupakan kesedihan dan keperitan hidup. Sampai bilakah Reda akan berterusan begini? Apakah akan terjadi pada nasib dan masa depannya?