Malam itu, guruh menabuh langit bertalu-talu. Petir sabung-menyabung membelah sepi. Tiba-tiba lampu di rumah itu terpadam. Kedengaran suara mengeras. Suara lelaki dan perempuan yang menahan rengsa. Bulu roma Budin meremang. Seperti ada âbenda asingâ di belakangnya. Dia meraba-raba mencari ayah dan ibunya. Dia terkejut ketika kilat memancar selepas guruh berdentum menampakkan ayahnya mengerekot seperti huruf âwauâ dan ibunya terbaring memegang dada dan tidak bergerak. Darah mengalir merah likat dan melekit. Sungguh mengerikan! Sejak itu seorang lelaki berjubah putih dengan tangan memegang tasbih muncul dalam hidup Budin. Satu lagi misteri yang mesti dirahsiakan. Dia tahu siapa yang membunuh ibu ayahnya. Kematian itu dek permainan sihir yang sadis. Tapi mampukah dia membalas dendam sedangkan dia masih mentah dan âkurang cerdik.âÂ
Budin Si Torek sebenarnya bukan lemah! Dia juga tidak bodoh. ALLAH berikannya kelebihan yang luar biasa. Cuma dia menunggu masa untuk bertindak. Mati lawannya mati!Â
āļāļīāļāļāļąāđāļāđāļāļ Google Play Books āļŠāļģāļŦāļĢāļąāļ Android āđāļĨāļ° iPad/iPhone āđāļāļāļāļ°āļāļīāļāļāđāđāļāļĒāļāļąāļāđāļāļĄāļąāļāļīāļāļąāļāļāļąāļāļāļĩāļāļāļāļāļļāļ āđāļĨāļ°āļāđāļ§āļĒāđāļŦāđāļāļļāļāļāđāļēāļāđāļāļāļāļāļāđāļĨāļāđāļŦāļĢāļ·āļāļāļāļāđāļĨāļāđāđāļāđāļāļļāļāļāļĩāđ
āļāļļāļāļāļąāļāļŦāļāļąāļāļŠāļ·āļāđāļŠāļĩāļĒāļāļāļĩāđāļāļ·āđāļāļāļēāļ Google Play āđāļāļĒāđāļāđāđāļ§āđāļāđāļāļĢāļēāļ§āđāđāļāļāļĢāđāđāļāļāļāļĄāļāļīāļ§āđāļāļāļĢāđāđāļāđ