Rindu Di Kalbu

· Alaf 21
e-Buku
439
Halaman
Rating dan ulasan tidak disahkan  Ketahui Lebih Lanjut

Perihal e-buku ini

 Antara Ain Syauqina dan Ammar Wajdi, memang wujud keserasiannya. Sejak peristiwa terperangkap dalam lif, mereka sering mencipta pertemuan demi pertemuan. Kadangkala mereka akan menghabiskan cuti hujung minggu dengan membaca di taman bunga. Tapi, itu dulu. Sewaktu baru merasai manisnya saat bercinta.

Kini, sejak kehadiran lelaki itu semula, batinnya sentiasa berkocak. Ketenteraman jiwanya pula seperti diragut. Dia keliru antara kasih Azad dan memori cinta Ammar. Mustahil dia melukakan Azad Hamdi, insan yang sudi memberi kehidupan pada jiwanya. Tanpa Azad, mungkin sukar baginya untuk melupakan kisah malam itu. Tapi patutkah aku menyalahkan dirinya saja? Atau, aku juga ada sahamnya? Walaupun dunianya sudah dikelilingi bunga-bunga cinta, sesekali rindu pada Ammar menjengah juga. Namun, jauh di sudut hati... Ain tahu dan sedar, bara itu masih menyala. Walaupun hampir reda tapi api cinta itu tidak pernah padam sepenuhnya. Mungkinkah kalau ditiup, akan bersemarak semula? 

Dia benar-benar buntu! Tidak sanggup rasanya meniti bahagia atas kelukaan orang lain. Dan... bagaimana aku harus mengharungi hidup sebumbung dengan lelaki itu, sedangkan dia bukan milikku? Semuanya terserah pada takdir. Kita hanya berhak merancang tapi hanya DIA penentu segalanya.

Berikan rating untuk e-Buku ini

Beritahu kami pendapat anda.

Maklumat pembacaan

Telefon pintar dan tablet
Pasang apl Google Play Books untuk Android dan iPad/iPhone. Apl ini menyegerak secara automatik dengan akaun anda dan membenarkan anda membaca di dalam atau luar talian, walau di mana jua anda berada.
Komputer riba dan komputer
Anda boleh mendengar buku audio yang dibeli di Google Play menggunakan penyemak imbas web komputer anda.
eReader dan peranti lain
Untuk membaca pada peranti e-dakwat seperti Kobo eReaders, anda perlu memuat turun fail dan memindahkan fail itu ke peranti anda. Sila ikut arahan Pusat Bantuan yang terperinci untuk memindahkan fail ke e-Pembaca yang disokong.