Ringkasan Sirah Nabi SAW

· Maktabah Al Bakri
3.7
리뷰 3개
eBook
146
페이지
검증되지 않은 평점과 리뷰입니다.  자세히 알아보기

eBook 정보

Dalam usaha memperkukuhkan cinta kepada Rasulullah SAW, Maktabah al-Bakri mempersembahkan terjemahan Mukhtaṣar Sīrat al-Nabi karya al-Hafiz ʿAbd Al-Ghani al-Maqdisi, yang diberi judul Fath al-ʿAli fi Tarjamah Mukhtasar Sirah al-Nabi.

Buku ini dilengkapi dengan nota kaki yang memudahkan pemahaman serta memberikan penjelasan lanjut mengenai beberapa perkara yang dibincangkan. Nama-nama tempat yang disebut oleh penulis juga dijelaskan dengan terperinci. Namun, bahagian akhir yang mengandungi biografi ringkas sepuluh orang Sahabat Nabi tidak dimasukkan kerana fokus terjemahan ini adalah kepada Rasulullah SAW.

Fath al-ʿAli fi Tarjamah Mukhtasar Sirah al-Nabi diharapkan menjadi pintu masuk bagi pembaca untuk mendalami sirah Rasulullah SAW, serta menjadikan kehidupan Baginda sebagai panduan dan ikutan sepanjang hayat. Buku ini adalah panduan yang sempurna untuk mereka yang ingin memahami dan menghayati kehidupan Rasulullah SAW dengan lebih mendalam.

평가 및 리뷰

3.7
리뷰 3개

저자 정보

Yang Berbahagia Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri (lahir 16 Januari 1969) merupakan mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), mantan Ahli Dewan Negara dan mantan Mufti Wilayah Persekutuan ke-7. Beliau juga adalah pengasas kepada Pondok Moden al-‘Abaqirah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan sebuah institusi hadith baru iaitu Ma’alim al-Sunan li Dirasati al-Sunnah al-Nabawiyyah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Kini beliau merupakan anggota Muslim Council of Elders yang dipengerusikan oleh Syeikh Al-Azhar, Dr. Ahmed Al-Tayeb dan anggota Assembly of Muslim Jurists of America.

Beliau dilahirkan di Kampung Gong Pauh, Kemaman, Terengganu pada 16 Januari 1969 dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Rengas Bekah, Kuala Terengganu (1976-1981). Pendidikannya diteruskan di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMASZA), Ladang, Kuala Terengganu (1982-1984) sebelum meneruskan pengajiannya dalam peringkat Thanawi di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), Batu Buruk, Kuala Terengganu (1985-1988). Seterusnya, Datuk Dr. Zulkifli menyambung pula pengajiannya di peringkat Sarjana Muda Syariah di Universiti Islam Madinah (1989-1993). Tidak hanya berhenti setakat itu, beliau menyambung pula pengajiannya di peringkat Sarjana Syariah di Universiti al-Ulum al-Islamiah wa al-Arabiah di Damsyik, Syria (1994-1997) di bawah seliaan Syeikh Prof. Dr. Mustafa al-Khin. Pengajian peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) pula diambil di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities), Universiti Sains Malaysia (2002-2004) di bawah seliaan Prof. Dr. Radzi Othman. Tajuk kajiannya adalah Institusi Mufti Dan Fatwa: Satu Analisa Terhadap Enakmen Dan Beberapa Fatwa Pilihan Negeri Sembilan.

Kehidupan beliau semasa menyambung pengajian di Madinah dan Syria dimanfaatkan secara keseluruhannya untuk mempelajari ilmu-ilmu secara formal mahupun tidak formal. Selain kelas-kelas formal di Universiti, beliau juga giat mengikuti pengajian para ulama’ tersohor di sana secara sistem talaqqi. Antara gurunya adalah Syeikh Muhammad Ali al-Thani, Syeikh Abd al-Muhsin bin Hamad al-Abbad, Syeikh Rusdi Bin Salim Qalam, Syeikh Dr. Muhammad al-Mukhtar bin Muhammad al-Amin Al-Shanqiti, Syeikh Sadiq Habannakah, Syeikh Al-Muhaddith Abdul Qadir Al-Arnaut, Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abd Latif Soleh Al-Farfour, Syeikh Prof. Dr. Mustafa al-Khin, Syeikh Prof. Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan al-Bouti dan Syeikh Prof. Dr. Wahbah Mustafa al-Zuhayli

Sehingga kini, beliau telah menulis lebih 300 buah buku meliputi pelbagai bidang dalam Pengajian Islam. Pengalaman luas beliau dalam pengurusan dan pentadbiran institusi kefatwaan, membolehkan beliau melakarkan siri-siri kejayaan semasa menjawat jawatan Mufti Wilayah Persekutuan sepanjang 2014 – 2017 dan Menteri dalam Kabinet Malaysia pada 2020-2021.

이 eBook 평가

의견을 알려주세요.

읽기 정보

스마트폰 및 태블릿
AndroidiPad/iPhoneGoogle Play 북 앱을 설치하세요. 계정과 자동으로 동기화되어 어디서나 온라인 또는 오프라인으로 책을 읽을 수 있습니다.
노트북 및 컴퓨터
컴퓨터의 웹브라우저를 사용하여 Google Play에서 구매한 오디오북을 들을 수 있습니다.
eReader 및 기타 기기
Kobo eReader 등의 eBook 리더기에서 읽으려면 파일을 다운로드하여 기기로 전송해야 합니다. 지원되는 eBook 리더기로 파일을 전송하려면 고객센터에서 자세한 안내를 따르세요.