Kes kontroversi ini mengundang penglibatan Inspektor Mislan Latif dari Unit Siasatan Khas (D9) untuk dileraikan.
(Buku Fixi)
Rozlan Mohd Noor berkhidmat di Polis DiRaja Malaysia (PDRM) selama 11 tahun sebagai Investigating Officer (IO) dan Pegawai Pendakwa di Mahkamah Majistret Selangor & Wilayah Persekutuan. Dia kemudian bekerja di Bahagian Sumber Manusia di beberapa syarikat besar termasuk syarikat multinasional sebelum memulakan syarikat sumber manusia dan perunding keselamatan sendiri. Dia telah menghasilkan beberapa novel jenayah dalam bahasa Inggeris yang menampilkan Inspektor Mislan & Sarjan Johan: 21 Immortals (2010), DUKE (2011) dan UTube (2012), semuanya diterbitkan oleh Silverfish Books.