Hubungan yang sudah retak bertahun-tahun akibat rasa cemburu dan tersisih seperti mustahil akan terjalin semula. Adi juga sudah lama melupakan keinginannya bergelar pemuzik terkenal selepas dia merasakan Latiff tidak pernah memberi dia peluang untuk menunjukkan bakatnya.
Rahsia yang tersimpan akhirnya bakal terbongkar jua. Berjayakah Adi melawan kenangan dan masa lalu untuk merealisasikan mimpinya? Adakah perjalanannya akan setenang Le Onde, atau sendu dan berliku seperti Winterreise?
(Buku Fixi)