SUCI: Jilid 1

Buku Fixi
4.4
10 ulasan
e-Buku
504
Halaman
Rating dan ulasan tidak disahkan  Ketahui Lebih Lanjut

Perihal e-buku ini

“Orang akan cakap kamu semua lahir tiga tahun selepas kiamat. Kononnya kamu tak dapat menikmati keindahan sebenar dunia. Jangan percaya kata mereka. Inilah dunia yang sebenar. Dunia yang kamu pijak inilah dunia paling tulen. Dunia dulu, sebelum berlakunya pandemik itu, adalah palsu. Manusia tak hidup macam manusia. Kamu patut bersyukur kerana kamu tidak bergelumang dalam kekotoran dunia lama.”

Gendang dibunyikan dari pintu depan. Pak Hassan mengarahkan semua untuk bangun sebelum memejam mata dan membacakan doa. Semua budak di situ menundukkan kepala untuk menghayati. “Oh, Kuasa Suci Alam. Lindungilah anak-anak kami ini. Berikan mereka kekuatan. Tunjukkan mereka jalan yang benar supaya mereka tidak hilang seperti anak-anak yang sesat.”

23 orang remaja kesemuanya. Semua bakal menginjak umur 17 tahun pada tahun ini. Cukup umur. Hari ini, genap lima tahun sejak mereka memulakan latihan dengan Pak Hassan dan askar-askar lain. Hari ini, mereka menjadi dewasa.

(Buku Fixi)

Rating dan ulasan

4.4
10 ulasan

Berikan rating untuk e-Buku ini

Beritahu kami pendapat anda.

Maklumat pembacaan

Telefon pintar dan tablet
Pasang apl Google Play Books untuk Android dan iPad/iPhone. Apl ini menyegerak secara automatik dengan akaun anda dan membenarkan anda membaca di dalam atau luar talian, walau di mana jua anda berada.
Komputer riba dan komputer
Anda boleh mendengar buku audio yang dibeli di Google Play menggunakan penyemak imbas web komputer anda.
eReader dan peranti lain
Untuk membaca pada peranti e-dakwat seperti Kobo eReaders, anda perlu memuat turun fail dan memindahkan fail itu ke peranti anda. Sila ikut arahan Pusat Bantuan yang terperinci untuk memindahkan fail ke e-Pembaca yang disokong.