Syukran Ya Allah adalah sebuah drama kehidupan yang menonjolkan aspek-aspek amanah, kejujuran, tanggungjawab, hormat-menghormati juga kerjasama dalam kehidupan penghuni Darul Riayah. Sebagai seorang yang berfikiran jauh, Ana memainkan peranan untuk menyentuh sanubari adik-adik dan rakan-rakannya dalam pelayaran yang perih di lautan kehidupan.
* * * *
Lalu mereka bertiga bekerjasama mengalihkan batu-bata itu. Tiba-tiba tangan Ibrahim tersentuh satu bungkusan, iaitu sebuah beg plastik berwarna merah yang sudah pudar warnanya. Beg tersebut berselaput dengan tanah serta debu yang mula mengeras. Ia diikat kemas dengan tali rafia. Mereka yang berada di situ terkejut dan terpegun.
“Ada bungkusan! Bungkusan apa agaknya?” Fadil bertanya.
“Im! Angkatlah cepat!” gesa Daniel.