Salam Taaruf

The Chapter Bookstore
5,0
5 recensioner
E-bok
212
Sidor
Betyg och recensioner verifieras inte  Läs mer

Om den här e-boken

Lagi setahun, Hawa Kalya berusia 30 tahun. Dia sudah pasrah pada jodoh... Bagi Hawa, tak berjodoh pun tak apa. Dia rela sendiri. Ini semua sebab serik bila setiap kali dia mempunyai pilihan hati, Hajah Hana tak berkenan.

“Mak aku ada standard. Kalah ISO Sirim.”

Hawa tahu, Hajah Hana mahukan yang terbaik untuk dirinya. Yalah... Dia merupakan satu-satunya anak perempuan Hajah Hana. Tapi, kalau dah standard tu tinggi sangat... Hawa tak yakin dia akan bertemu jodoh. Sehinggalah, muncul Qazi Kaysan yang Hawa yakin semua ciri yang Hajah Hana mahu sebagai calon menantu dia... Ada pada Qazi.

“Saya tak tau bila saya mati, saya juga tak tau dengan siapa yang Tuhan atoqkan jodoh untuk saya. Tapi, saya tau... Sesiapa yang boleh puaihkan hati mak saya, dia akan jadi pilihan saya.”

Muncul la... Pelan gila Hawa Kalya!

“Menangkan hati mak saya tu dulu... Hat lain baru kita bincang!”

Orang kalau berkehendak, gunung kat depan pun boleh teralih. Qazi setuju dengan pelan Hawa dan Hajah Hana masuk dalam perangkap anaknya sendiri. Cumanya, apa yang Hawa, Qazi dan Hajah Hana tak tahu...

“Mak Qazi... Bekaih marka ayah aku!”

Pelan Tuhan tu maha hebat!


Betyg och recensioner

5,0
5 recensioner

Om författaren

SYAMNURIEZMIL menulis buku tentang cinta dan keluarga. Kebanyakan buku beliau diadaptasi ke filem dan drama. Beliau juga merupakan pemenang Anugerah Telenovela di bawah kategori Novelis Terbaik pada tahun 2018. Sebelum beliau menulis cerita bergenre komedi romantik, beliau merupakan graduan lepasan ijazah di dalam bidang kewangan dari UiTM. Selepas itu, beliau bekerja sebagai pegawai bank selama 13 tahun sebelum menulis buku sepenuh masa. Beliau juga merupakan pesakit kronik kegagalan buah pinggang yang memerlukan rawatan hemodialisis seumur hidup. Hidup sedang mengajar beliau untuk bertahan, jadi jangan lemah... Kerana Tuhan tidak pernah gagal menciptakan takdir dan tidak pernah salah memilih hamba untuk diberi beban. 


Betygsätt e-boken

Berätta vad du tycker.

Läsinformation

Smartphones och surfplattor
Installera appen Google Play Böcker för Android och iPad/iPhone. Appen synkroniseras automatiskt med ditt konto så att du kan läsa online eller offline var du än befinner dig.
Laptops och stationära datorer
Du kan lyssna på ljudböcker som du har köpt på Google Play via webbläsaren på datorn.
Läsplattor och andra enheter
Om du vill läsa boken på enheter med e-bläck, till exempel Kobo-läsplattor, måste du ladda ned en fil och överföra den till enheten. Följ anvisningarna i hjälpcentret om du vill överföra filerna till en kompatibel läsplatta.