Bagi yang bakal dan telah berkahwin buku memberikan panduan menyemarakkan lagi cinta dalam perkahwinan. Bagi yang bermasalah buku ini menunjuk jalan untuk membetulkan hala tuju rumah tangga.
Berpengalaman lebih 30 tahun dalam penerbitan buku dan majalah berunsur Islam serta dianggap sifu dalam bidang penulisan Islami. Melalui firma motivasi Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. yang kini beliau sebagai peneraju utamanya, beliau merangka modul dan mengendalikan program-program motivasi dengan pendekatan Islam untuk organisasi, syarikat korporat, pelajar dan awam. Sering berada di pentas forum serta ke udara dalam rancangan televisyen dan radio membicarakan isu-isu yang pelbagai menggunakan suluhan kacamata Islam.
Lahir di Ipoh, Perak, beliau juga berpengalaman menjelajah ke pelbagai negara seperti China, negara-negara Timur Tengah, Britain dan Turki. Beliau aktif menulis dalam blognya genta-rasa.com dan telah menghasilkan banyak buku. Modul Mukmin Profesional 2: Celik Mata Hati adalah buku kelapan beliau bersama Galeri Ilmu selepas Satu Rasa Dua Hati, Nota Fikir Untuk Zikir,Seraut Kata Selaut Rasa, Katakan Pada Hati, Revolusi, Laba Di Sebalik Bala dan Kilas dalam Kias.