Sehingga Yang Patah Tumbuh

· IMAN Publication Sdn Bhd
4.5
2 則評論
電子書
395
頁數
評分和評論未經驗證 瞭解詳情

關於這本電子書

“Kamu kata, kamu tak hidup dengan kenangan. Jadi kenapa masih terkesan dengan hal lalu?” 


Nawal Hamdi tekad. Kali ini dia memilih bersendirian. Dia tidak lagi berharap pada ayahnya. Dia tidak lagi peduli pada Wadi, lelaki yang telah menghancurkan harapannya. Mana mungkin perempuan yang kuat sepertinya kalah dengan emosi sendiri. 


Nawal membawa diri jauh ke London demi menjejaki kakaknya. Sudah lima tahun kakaknya menghilang tanpa khabar setelah berkahwin dengan lelaki pilihan. Tanpa diduga, keberadaannya di sana mencetuskan perbalahan lain pula apabila Nawal tersepit dalam konflik rumahtangga sahabat baiknya.  


Pencarian Nawal tiba-tiba dikejutkan dengan khabar ngeri bahawa kakaknya disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas. Ketika ini, kehadiran Ali seolah menawarkan harapan, sedang hatinya tidak sedia dilukai lagi.  


Kemelut yang tidak berkesudahan membuatkan Nawal semakin terbelenggu. Nawal mulai sedar, demi menemukan semula kebebasan jiwanya, ada sesuatu yang dia perlu tawan - egonya. 


評分和評論

4.5
2 則評論

關於作者

Aishah Madadiy ialah seorang penulis yang cenderung meneroka tema falsafah, moral, identiti, dan budaya. Sebilangan penulisan beliau pernah tersiar dalam majalah dan akhbar tempatan.

Beliau telah menghasilkan empat buah novel, Velvet di Durham (2012), Akrilik atas Kanvas (2014), Bits of Heaven (2015), dan Sehingga yang Patah Tumbuh (2022), termasuk kompilasi anekdot, Tanah Airku di Bumi Ratu (2016).

Novel bahasa Inggeris beliau, Bits of Heaven (2015) tersenarai dalam pencalonan Anugerah Sastera Dublin 2017.


Instagram: Aishah Madadiy Writer

Facebook: Aishah Madadiy Writer

為這本電子書評分

請分享你的寶貴意見。

閱讀資訊

智能手機和平板電腦
請安裝 Android 版iPad/iPhone 版「Google Play 圖書」應用程式。這個應用程式會自動與你的帳戶保持同步,讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
手提電腦和電腦
你可以使用電腦的網絡瀏覽器聆聽在 Google Play 上購買的有聲書。
電子書閱讀器及其他裝置
如要在 Kobo 等電子墨水裝置上閱覽書籍,你需要下載檔案並傳輸到你的裝置。請按照說明中心的詳細指示,將檔案傳輸到支援的電子書閱讀器。