Seia-Sekata

·
· Puteh Press
Llibre electrònic
68
Pàgines
No es verifiquen les puntuacions ni les ressenyes Més informació

Sobre aquest llibre

Memanjangkan Kebaikan

“Sekiranya kereta pun ada jadual penyelenggaraan bagi setiap kilometer, demikian juga kehidupan berpasangan. Cara kita berkomunikasi diselenggara agar dapat memandu perkahwinan pergi lebih jauh. Inilah ikhtiar dari hati agar sampai ke hati.”

Membangkit Rasa

“Komunikasi tidak pernah meninggalkan kita. Tutup mulut pun kita tetap berkomunikasi. Kita tidak dapat mengelak, melainkan kita faham cara komunikasi bekerja sehingga dapat membangkitkan rasa pada jiwa pasangan.”

Bahagia Mengikut Acuan Kita

“Dari usia perkahwinan satu bulan ke 39 tahun, penyelidik tempatan mendapati ada enam tingkah laku pencetus rasa bimbang terhadap komunikasi pasangan. Semakin bimbang, semakin tinggi rasa tak puas hati. Buku ini menyediakan panduan berhadapan enam tingkah laku itu. ”

Sobre l'autor

Ainon Mohd merupakan pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang linguistik dari Universiti Malaya dan ijazah sarjana dalam bidang yang sama dari Leeds University. Beliau juga pernah mengikuti kursus kedoktoran dalam bidang psikologi di Universiti Putra Malaysia dan merupakan pemegang Diploma Penterjemahan dan Interpretasi dari Universiti Malaya. Memulakan kerjaya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan telah berkhidmat di DBP dari tahun 1973 hingga tahun 1988. Sepanjang berkhidmat di DBP, beliau telah memegang pelbagai portfolio termasuk Pegawai Penyelidik Bahasa dan Sastera, Ketua Unit Terjemahan Sastera, Ketua Unit Penyelidikan Bahasa dan terakhir sekali sebagai Ketua Bahagian Terjemahan.

Beliau telah menghasilkan lebih daripada 30 buah buku di dalam bidang terjemahan, komunikasi, pemikiran lateral dan kreativiti bersama dengan suami beliau, Profesor Abdullah Hassan yang kini merupakan pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan merupakan tokoh yang amat dikenali dalam bidang bahasa melayu dan sering dipanggil membentangkan kertas kerja berkaitan bahasa melayu di serata dunia.

Atas keyakinan dan iltizam yang tinggi untuk melihat bahasa melayu berkembang sebagai bahasa ilmu dan bangsa melayu dapat bersaing dalam dunia globalisasi ini, maka pada tahun 2000, beliau telah mengambil keputusan untuk menubuhkan PTS Publications & Distributors yang mengkhusus dalam penerbitan dan pengedaran buku-buku ilmu berbahasa melayu yang ditulis oleh para ilmuwan dan cendiakawan melayu. Kini, selain menyelia kerja-kerja di bahagian editorial, beliau juga terlibat secara aktif dan proaktif dalam memberi konsultansi, latihan dan bimbingan bagi menjayakan projek PTS dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNMB) bagi menterjemah pelbagai buku bahasa asing yang bermutu tinggi untuk bacaan dan rujukan rakyat Malaysia yang berbahasa Melayu.

Zamri Mohamad dilahirkan pada 17 November 1981 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) jurusan komunikasi dalam pengk hususan kewartawanan dan media. Terlibat sebagai penulis bebas dalam beberapa buah majalah dan akhbar tempatan sejak tahun 2001. Siri penulisan beliau yang pernah disiarkan meliputi isu-isu kekeluargaan, remaja, masyarakat dan agama.

"Apabila kita menulis, berani berangan-angan dan penuhi impian itu. Mulakan dengan apa di tangan."

Zamri Mohamad adalah pengasas web kursuspenulisan.com, beliau melatih para penulis baru bagi keperluan akhbar, majalah dan buku. Beliau sendiri telah menulis lebih 20 buah buku dan bertambah setiap tahun. Kaedah yang digunakan diajarkan kepada orang lain berdasarkan formula 3P iaitu Penulis, Penulisan dan Pemasaran. Melalui kursuspenulisan.com, beliau telah melatih dan membangunkan komuniti penulis berbahasa Melayu di Australia, Singapura dan Malaysia. Top finalis Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR Berita Harian ini pernah muncul di media nasional. Antaranya RTM, TV3, Astro Awani, Al Hijrah, TV9, Astro Ceria, Astro Awani, BERNAMA, Kosmo, Utusan, Berita Harian, Sinar Harian, Harian Metro dan Malay Mail. Beliau menulis secara aktif dalam akhbar dan majalah sebelum ini antaranya Dewan Ekonomi, Dewan Siswa, Dewan Masyarakat, Minda, I dan Mutiara Minda. Beliau mengasaskan kursuspenulisan.com sebagai kelas hujung minggu yang aktif untuk kumpulan kecil selain daripada agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan.

Puntua aquest llibre electrònic

Dona'ns la teva opinió.

Informació de lectura

Telèfons intel·ligents i tauletes
Instal·la l'aplicació Google Play Llibres per a Android i per a iPad i iPhone. Aquesta aplicació se sincronitza automàticament amb el compte i et permet llegir llibres en línia o sense connexió a qualsevol lloc.
Ordinadors portàtils i ordinadors de taula
Pots escoltar els audiollibres que has comprat a Google Play amb el navegador web de l'ordinador.
Lectors de llibres electrònics i altres dispositius
Per llegir en dispositius de tinta electrònica, com ara lectors de llibres electrònics Kobo, hauràs de baixar un fitxer i transferir-lo al dispositiu. Segueix les instruccions detallades del Centre d'ajuda per transferir els fitxers a lectors de llibres electrònics compatibles.