Sejujur Hatimu

· Alaf 21
4.2
26則評論
電子書
479
評分和評論未經驗證  瞭解詳情

關於本電子書

 REEN sebak setiap kali teringatkan dia. Sudah tiga hari dia menangis. Cukuplah. Air matanya kini sudah ke­ring untuk lelaki itu. Muka macam hero, tetapi hati macam binatang! Dasar manusia tidak berhati perut! Bencinya bukan dibuat-buat. Marahnya meluap-luap. Dia telah diperbodoh­kan oleh sepupu sendiri. Jadikan saudara sen­diri seperti barang permainan dan bahan ketawa. Maruahnya dipertaruhkan. Dia berasa cukup ter­hina. Hinaan paling besar kerana saudara sendiri yang melakukannya. 

“Tak guna!” Reen menyumpah.

Hanya beberapa orang sahaja yang tahu hakikat permainan ini. Keluarganya langsung tidak tahu-menahu. Te­tapi dia pasti, suatu hari nanti akan heboh jua. Biarlah anak ini melihat dunia dulu. Dia tidak akan sesekali membenar­kan lelaki itu mendekatinya lagi. Dia akan pergi jauh dari sini. Biarlah kenangan pahit itu kekal di sini. 

Cameron Highlands sekali lagi menyaksikan kesedihan Nik Nazrini. Lara hatinya dibawa ke tanah dingin ini de­ngan ha­rapan akan sedikit sebanyak menyejukkan hati yang luka. Bila agaknya darah yang mengalir dari hati luka ini akan berhenti? Dia kurang pasti. Yang pasti, parut yang tinggal nanti tentu hodoh sekali. Dia bencikan parut yang bakal melekat dalam hatinya. Ia pasti akan menjadi dendam kesumat. Dendam pada manusia yang tidak berhati perut. Tergamak membakar impian orang lain semata-mata untuk menjaga ego sendiri. 

評分和評論

4.2
26則評論

為這本電子書評分

歡迎提供意見。

閱讀資訊

智慧型手機與平板電腦
只要安裝 Google Play 圖書應用程式 Android 版iPad/iPhone 版,不僅應用程式內容會自動與你的帳戶保持同步,還能讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
筆記型電腦和電腦
你可以使用電腦的網路瀏覽器聆聽你在 Google Play 購買的有聲書。
電子書閱讀器與其他裝置
如要在 Kobo 電子閱讀器這類電子書裝置上閱覽書籍,必須將檔案下載並傳輸到該裝置上。請按照說明中心的詳細操作說明,將檔案傳輸到支援的電子閱讀器上。