Shah Jahan

· PTS Publishing House Sdn. Bhd.
4,5
2 recenzije
E-knjiga
400
Stranica
Ocene i recenzije nisu verifikovane  Saznajte više

O ovoj e-knjizi

 Shah Jahan, adalah antara pemerintah Empayar Mughal yang terbilang. Di medan perang, musuh menggeruni namanya, manakala sekutu pula sangat menghormatinya. Semasa kekuasaannya, Empayar Mughal berkembang dan mahsyur namanya ke seluruh dunia.

Semua itu tidak akan ada tanpa sokongan seorang perempuan  yang memberinya semangat untuk terus berjuang, dan menjadikannya semakin kuat pada ketika dugaan mendatang.

Perempuan itulah isterinya yang sangat dia cintai, sehingga diberikan gelaran Mumtaz. Apakan daya, takdir Tuhan tiada siapa yang dapat menghalangnya. Mumtaz meninggal dunia semasa melahirkan anak mereka yang keempat belas. 

Kerana cintanya yang begitu mendalam kepada Mumtaz, Shah Jahan pun membinakan satu monemun agung – Taj Mahal. Bukti indah sebuah cinta sejati.

Namun, tanpa Shah Jahan sedar, Taj Mahal itu jugalah yang akan menyebabkan Empayar Mughal bergoncang!

Ocene i recenzije

4,5
2 recenzije

O autoru

 Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan pada 2 Jun 1954 mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre;skrip drama tv, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan. Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005. Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.

Ocenite ovu e-knjigu

Javite nam svoje mišljenje.

Informacije o čitanju

Pametni telefoni i tableti
Instalirajte aplikaciju Google Play knjige za Android i iPad/iPhone. Automatski se sinhronizuje sa nalogom i omogućava vam da čitate onlajn i oflajn gde god da se nalazite.
Laptopovi i računari
Možete da slušate audio-knjige kupljene na Google Play-u pomoću veb-pregledača na računaru.
E-čitači i drugi uređaji
Da biste čitali na uređajima koje koriste e-mastilo, kao što su Kobo e-čitači, treba da preuzmete fajl i prenesete ga na uređaj. Pratite detaljna uputstva iz centra za pomoć da biste preneli fajlove u podržane e-čitače.