Siri Soal Jawab Kewangan Peribadi kali ini meneruskan tradisinya dengan menyingkap permasalahan berkenaan pelaburan melalui ASB, khususnya pinjaman untuk pelaburan ASB yang sudah menjadi kontroversi sejak sekian lama.
Didorong oleh permintaan tinggi daripada ramai pembaca, topik ini menjadi pilihan kerana ianya cukup penting dan ianya juga cukup memeningkan kepala! Tambahan pula para penyokong dan penentang cukup tegar menganggap mereka adalah benar 100%.
Buku ini lengkap dengan berbagai-bagai fakta dan akan banyak membantu pembacanya membuat penilaian yang tepat. Antara topik-topik yang dibicarakan ialah:
- Bersama-sama Memajukan Dunia
- Prinsip Pelaburan Saham Amanah
- Rekod Baik Pulangan ASB
- Menjana Wang Percuma Menggunakan Rekod Kewangan Anda
- Contoh Simulasi Pinjaman ASB
- Analisis Teknik Pinjaman
Buku ini juga memiliki satu topik istimewa yang dipanggil “Fakta-Fakta Tersembunyi Pelaburan ASB” yang mesti dibaca oleh sesiapa yang melabur ke dalam ASB! Ianya adalah original dan tiada sepertinya di luar sana. Sebagai contoh, tahukah anda bahawa pembelian insurans MRTA tidak menjejaskan keputusan pengiraan dan kesimpulan akhir yang terbit? Juga tahukah anda bahawa pembayaran Dividen yang rendah daripada ASB tidak akan banyak mengubah kesimpulan akhir pengiraan? Oleh itu, buku ini mesti dibaca!
Selepas membaca buku ini, anda akan mengetahui apa yang perlu dilakukan seterusnya. Peluang terbaik ini jangan dilepaskan kerana jika sudah terlambat, masa tidak akan boleh diputar kembali!
Selamat Membaca!
Sharif Rahman ialah seorang jurutera kimia graduan Amerika Syarikat yang memiliki kebolehan unik untuk menyelesaikan banyak permasalahan kompleks di luar sana. Beliau menggunakan kebolehan kejuruteraan beliau untuk mengikis dan mengupas sesuatu permasalahan itu dan menjadikannya “semudah yang boleh”.
Beliau menggunakan banyak cara-cara kejuruteraan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang sentiasa memeningkan masyarakat. Beliau masih bekerja sepenuh masa sebagai seorang jurutera dan menggunakan hampir kesemua waktu hujung minggu dan hari-hari cuti beliau untuk menyelesaikan masalah-masalah tergantung tanpa jawapan ini dan mempersembahkannya dengan cara yang cukup menarik untuk kesenangan orang ramai.