Bacalah kisah Iana Sabira yang berdating sana sini tapi tak payah ikut perangainya kalau tak mahu dapat kekasih curang. Eh, nanti! Tak ada kena mengena sebenarnya. Cuma, tak payahlah pasang ramai kalau hati senipis tisu.
Kisah berlaku selepas Y2K, sebelum telefon bertouch screen dikomersialkan.
SheaSonia pernah berkarya menggunakan nama Haliesa Aliesha serta beberapa nama lain. @SheaSonia juga merupakan nama yang digunakan di media sosial. Gemar menulis semenjak kecil tetapi baru mendapat keberanian untuk menerbitkan buku.