Omma

The Chapter Bookstore
4.9
22 reviews
Ebook
631
Pages
Ratings and reviews aren’t verified  Learn More

About this ebook

Alina Haura seorang omma yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Atief Hamzar yang berusia enam tahun. Bagi Ally… Atief bukan aje kekuatan dia tapi juga kelemahan dia. Tak ada sesiapa yang boleh mengambil Atief daripada Ally walaupun papa Atief sendiri, Jeofri Naufal.

 

“Satu aje caranya...”

“Cara apa, mak?”

“Untuk Jeofri tak korek pasal Atief.”

“Apa?”

“Kahwin.”

 

Tak mahu Jeofri tahu tentang kewujudan Atief, nak tak nak Ally menerima lamaran kahwin daripada Ridzal Rizq yang merupakan anak angkat arwah ayah Ally.

 

“Sudi tak awak jadi pengisi dalam hati saya?”

 

Ridzal sudah berjanji pada dirinya yang dia akan melindungi Ally dan Atief. Dia sudah berjanji untuk buat semua kerja susah termasuk berdepan dengan satu-satunya musuh ketat Ally, Emma Erina.

 

“Tolong jangan kacau isteri saya. Selama ini, dia tak pernah kacau awak... Jadi tolong jangan kacau dia dan keluarga kami.”

 

Dan Emma… Dia bukan hanya tak takut hukuman… Dia juga tak takut dengan Tuhan. Yang dia takut ialah Jeofri menceraikan dia. Tak mahu hal itu terjadi, Emma cuba untuk merampas Atief.

 

“Jangan banyak cakaplah. Buat aje ujian DNA tu... Lepas tu, ucaplah selamat tinggal kat anak kesayangan kau tu.”

 

Mampukah Ally mempertahankan Atief?

Kerana selain Allah…

Yang mempertahankan seorang anak adalah doa seorang omma!


Ratings and reviews

4.9
22 reviews
Haya Faiz
September 13, 2024
Jalan cerita yang sangat menarik dan dramatik. Terlalu banyak plot twist. Semua rasa ada dalam satu cerita. Rasa lucu, romantik, terkejut, jenayah, mental, aksi, penyiasat, macam macam lah. Penulis sangat bijak dan kreatif. Tahniah hasilkan buku yang best.
Did you find this helpful?
Safarin MY
September 20, 2024
membaca novel² karya syamnuriezmil tidak pernah mengecewakan. Tulisan santai tidak terlalu berat, membuatkan kita leka untuk terus membaca dan membayangkan setiap keadaannya. Terbaik!👏
Did you find this helpful?
Azita Umar
September 18, 2024
Good storyline, informative, best ending.
Did you find this helpful?

About the author

SYAMNURIEZMIL menulis buku tentang cinta dan keluarga. Kebanyakan buku beliau diadaptasi ke filem dan drama. Beliau juga merupakan pemenang Anugerah Telenovela di bawah kategori Novelis Terbaik pada tahun 2018. Sebelum beliau menulis cerita bergenre komedi romantik, beliau merupakan graduan lepasan ijazah di dalam bidang kewangan dari UiTM. Selepas itu, beliau bekerja sebagai pegawai bank selama 13 tahun sebelum menulis buku sepenuh masa. Beliau juga merupakan pesakit kronik kegagalan buah pinggang yang memerlukan rawatan hemodialisis seumur hidup. Hidup sedang mengajar beliau untuk bertahan, jadi jangan lemah... Kerana Tuhan tidak pernah gagal menciptakan takdir dan tidak pernah salah memilih hamba untuk diberi beban. 


Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.