Tarantula

· Buku Prima
e-Buku
438
Halaman
Rating dan ulasan tidak disahkan  Ketahui Lebih Lanjut

Perihal e-buku ini

 Kampung Nilam Setia yang dulu aman damai, kini telah bertukar menjadi padang jarak, padang terkukur. Mayat bergelimpangan. Binatang ternakan habis mati. Bau darah hamis mengalir di sana sini. Tidak seorang pun yang berani keluar untuk menyelamatkan mereka. Dibiarkan mayat itu dibaham oleh serangga yang tidak diketahui dari mana asal usulnya.

Setiap kali waktu malam menjelma, penduduk-penduduk Kampung Nilam Setia akan dihantui perasaan takut. Bahaya berada di mana-mana kalau tersilap langkah. Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa. Semuanya bermula dari Hutan Nilam Setia hingga merebak ke kampung kediaman.Keadaan ini amat merunsingkan Pak Aki, ketua Kampung Nilam Setia. Sudah banyak kejadian buruk berlaku. Baru-baru ini, empat orang pemuda telah membuat penyelildikan tentang tumbuh-tumbuhan pelik di Hutan Nilam Setia dan sehingga hari ini tidak keluar-keluar. Mak Jenab, bidan Kampung Nilam Setia turut menjadi mangsa. Binatang-binatang ternakan Pak Salleh juga.

Malah, Halimah isteri Sidek turut terkorban di subuh hari. Serangga apakah yang menyerang sebenarnya? Hingga tidak meninggalkan kesan. Habis dibahamnya hingga ke tulang. Hmm… apa ya? Adakah disebabkan sumpahan? Ataupun ada benda lain yang kita tidak tahu? Semuanya akan terjawab dalam novel ini.

Berikan rating untuk e-Buku ini

Beritahu kami pendapat anda.

Maklumat pembacaan

Telefon pintar dan tablet
Pasang apl Google Play Books untuk Android dan iPad/iPhone. Apl ini menyegerak secara automatik dengan akaun anda dan membenarkan anda membaca di dalam atau luar talian, walau di mana jua anda berada.
Komputer riba dan komputer
Anda boleh mendengar buku audio yang dibeli di Google Play menggunakan penyemak imbas web komputer anda.
eReader dan peranti lain
Untuk membaca pada peranti e-dakwat seperti Kobo eReaders, anda perlu memuat turun fail dan memindahkan fail itu ke peranti anda. Sila ikut arahan Pusat Bantuan yang terperinci untuk memindahkan fail ke e-Pembaca yang disokong.