Empayar 3: Hikayat Saka Keturunan Raja: Jilid 3

· Iman Publication Sdn Bhd
4.8
9 reviews
Ebook
495
Pages
Ratings and reviews aren’t verified  Learn More

About this ebook

Saka raja yang diwarisi telah memberi kesaktian luar biasa kepada Sang Putera. Jijik dengan amalan syirik jurai keturunannya itu untuk kekal berkuasa, Putera Aradhana Sastra, pewaris tunggal Kesultanan Aradhanapura melarikan diri untuk menjadi rakyat biasa. Dengan harapan, hidupnya akan lebih tenteram. 

 

Namun, kemunculan suatu makhluk dari gua yang tahu asal usul Sang Putera menggugat rencananya.  

 

“Aku sudah tidak tahan hidup melarikan diri seperti ini! Sedalam mana aku menyembunyikan diri, ada sahaja yang kenal siapa diriku!” 

 

Sang Putera kini menjadi buruan ramai atas tuduhan mengamalkan ilmu hitam. Pada masa yang sama, Kesultanan Aradhanapura goyah akibat ketiadaan pemerintah. Rakyat pula kian tertindas dengan percaturan puak yang mabuk kuasa.  

 

Kezaliman membanjiri tanah keramat. Putera Aradhana Sastra merasakan kewujudan diri dan jurai keturunannya hanya membawa malang kepada kepulauan Nusantara. 

 

“… hanya darah Jurai Aradhana sahaja yang dapat membela kepulauan ini!” 

 

Sang Putera enggan terus dibelenggu saka warisan. Namun, perit untuk diabaikan sahaja tanah air dan rakyatnya. Mampukah Sang Putera akhirnya berdepan dengan hakikat keturunannya sendiri? 


Ratings and reviews

4.8
9 reviews
Husna Mardhiah
March 23, 2023
Saya tak suka baca novel tapi novel empayar ni sangat2 best dan mempunyai jalan cerita yang menarik dan sentiasa menimbulkan perasaan ingin tahu....
Did you find this helpful?
Shadz Dzulkafli
January 19, 2023
Sambungan yang sangat mendebarkan.. Sastra yang masih bersembunyi terpaksa berdepan pelbagai cabaran.. Masa ini barulah diketahui siapa sebenarnya yang sengaja meletakkan dakyah salah pada Sastra.. Tak sabar menanti sambungannya..
Did you find this helpful?
Vidad
May 31, 2024
Kali ni situasi dia sangat besar berbanding sebelum ni yang banyak perkara berlaku di dalam madrasah. Walaupun banyak misteri yang terungkai dalam sambungan kali ni, tapi banyak juga misteri yang masih belum terjawab. Experience buku ni memang mantap. Tak sabar nak tunggu sambungannya lagi.
Did you find this helpful?

About the author

Siapa Teme Abdullah?

Dilahirkan di Selangor, membesar di Selangor, dan menamatkan pengajian menengah di sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) yang juga di Selangor. Usai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), penulis mendapat tajaan biasiswa penuh ke peringkat A-level lalu menyambung pelajaran peringkat tinggi di United Kingdom dalam jurusan Ijazah Serjana Muda Seni Bina.

Teme menggunakan nama samaran yang diberikan oleh rakan-rakannya ketika di peringkat pengajian menengah sebagai nama penanya sehingga ke hari ini. Nama Abdullah pula ditambah sendiri oleh penulis di belakang nama Teme sejak pertama kali menulis buku pada tahun 2016. Cara sebutan Teme adalah sama dengan cara sebutan perkataan 'teman' dalam loghat Kelantan. 'Teman' pula boleh digunakan sebagai kata ganti nama diri pertama yang membawa maksud 'saya'. Jadi, secara ringkasnya, gabungan Teme & Abdullah membawa maksud 'saya hanyalah hamba Allah'.

Walaupun mengalami sedikit kekangan di peringat A-level, penulis berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah tidak lewat daripada masa yang ditetapkan. Selepas menamatkan ijazah, penulis telah mendapat tawaran bekerja di sebuah firma seni bina di London lalu bekerja di syarikat berkenaan.

Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.