Terowong

· Buku Prima
4,5
2 ulasan
eBook
384
Halaman
Rating dan ulasan tidak diverifikasi  Pelajari Lebih Lanjut

Tentang eBook ini

 LRT – A. DARWISY~luar nampak manusia, tidak semestinya dia manusia~
Azlan, dalam perjalanan balik menggunakan LRT terkandas di terowong bawah tanah bersama sekumpulan penumpang yang lain. Mereka berusaha untuk keluar dan menyelamatkan diri di stesen paling berhampiran. Tetapi mereka tidak sedar di sepanjang terowong itu adalah tempat laluan lintasan makhluk halus yang turut berasimilasi dengan peredaran zaman. Berjayakah Azlan dan lain-lain mengharungi malam yang penuh kegilaan itu? Apakah mungkin pembinaan stesen sekitar tahun 90-an itu menyimpan sejarahnya tersendiri?
 
TUMBAL TEROWONGAN TERAWANGAN – SYASYA BELLYNA
~kau ghaib pendamping berganti~
Selari dengan waktu peristiwa kontrak selang 20 tahun sekali, ia telah membuka episod baru tentang Terawangan iaitu sebuah terowong yang tersembunyi di celah Gunung Kelibut. Terowong alam ghaib yang terbuka itu menghantui enam manusia yang telah ditanda pemilikan oleh qarin masing-masing. Campur  tangan para pelajar sekolah agama dari Kalimantan yang dihantar oleh seseorang, membuka tabir rahsia perjanjian dua demensi. Mampukah perhubungan antara penguasa, si raja hitam dengan pewaris pesugihan dihentikan?
 
GHAIB – ZAIFUZAMAN AHMAD
~kebenaran yang kau cari ada di sini~
Detektif Riza diminta untuk menyiasat tentang kehilangan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah lama dan elit. Bagaimanapun dia enggan untuk mempercayai yang sekolah itu berpuaka biarpun cerita itu tersebar luas. Melalui siasatannya dia berasa keliru kerana dihimpit dengan kehilangan misteri yang tidak meninggalkan jejak. Bertambah lagi apabila Jessica, teman rapat Mimie turut hilang. Bagaimanakah Detektif Riza berjaya menyelongkar rahsia di sebalik kejadian ini?

Rating dan ulasan

4,5
2 ulasan

Beri rating eBook ini

Sampaikan pendapat Anda.

Informasi bacaan

Smartphone dan tablet
Instal aplikasi Google Play Buku untuk Android dan iPad/iPhone. Aplikasi akan disinkronkan secara otomatis dengan akun Anda dan dapat diakses secara online maupun offline di mana saja.
Laptop dan komputer
Anda dapat mendengarkan buku audio yang dibeli di Google Play menggunakan browser web komputer.
eReader dan perangkat lainnya
Untuk membaca di perangkat e-ink seperti Kobo eReaders, Anda perlu mendownload file dan mentransfernya ke perangkat Anda. Ikuti petunjuk Pusat bantuan yang mendetail untuk mentransfer file ke eReaders yang didukung.